Telefilem Tangkis

Tangkis

Saksikan telefilem Tangkis disiarkan pada Jumaat, 15 Mei ini, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Prima (saluran 105).

Tangkis

Waktu Siaran: Jumaat, 15 Mei 2026, 9:00 malam
Saluran: Astro Ceria, Astro Prima
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Pengarah: Shadan Hashim
Produksi: Akid Productions Sdn Bhd

Watak Pelakon
Zamarul Hisham sebagai Fuad
Faye Kusairi
Syafi Tee sebagai Amin
Wani Kayrie sebagai Sara
Imran Aqil sebagai Aman

Sinopsis Tangkis

Mengisahkan Fuad, seorang bekas juara badminton kebangsaan yang sangat mengagumi legenda badminton negara, Datuk Haji Sidek. Terinspirasi oleh kejayaan ikon tersebut, Fuad menyimpan impian besar untuk melahirkan atlet bertaraf dunia dengan melatih anak-anaknya sendiri.

Dua orang anak lelakinya menjadi fokus utama dalam perancangannya, namun konflik sebenar tercetus apabila anak perempuannya, Sara, menunjukkan minat dan kebolehan luar biasa dalam badminton. Kehadiran Sara bukan sahaja mencabar kepercayaan serta ego Fuad sebagai seorang jurulatih, malah menguji peranannya sebagai ketua keluarga yang perlu berlaku adil dan terbuka.

Telemovie ini mengetengahkan tema impian, pengorbanan, keadilan dalam keluarga serta perjuangan menyeimbangkan disiplin sukan dengan kasih sayang seorang ayah.