Sinopsis Tembuni Berdarah

Tembuni Berdarah

Filem 'Tembuni Berdarah' merupakan karya baharu arahan Dr Ahmad Idham yang mengangkat isu pemakaian susuk dalam dunia estetika kecantikan moden, serta mengetengahkan konflik perbezaan ideologi antara generasi lama dan baharu. Diterbitkan Lindo Production Sdn Bhd, filem seram ini menampilkan barisan pelakon seperti Sophia Albarakbah, Niezam Zaidi, Khatijah Tan, Shahirah Shahora dan Riezman Khuzaimi. Tembuni Berdarah bakal menemui penonton di pawagam tanah air mulai 25 September 2025.

Tembuni Berdarah

Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 25 September 2025
Penulis Skrip: Marini Mat Zain
Pengarah: Dr Ahmad Idham
Produksi: Lindo Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Sophia Albarakbah sebagai Dr Izara
Niezam Zaidi sebagai Aidan
Khatijah Tan sebagai Bok Miah
Sharifah Shahora
Riezman Khuzaimi
Mia Nasir
Myra Afrina
Mas Anizan

Sinopsis Tembuni Berdarah

Mengisahkan Dr Izara  (Sophia Albarakbah) yang berpegang pada prinsip bahawa kejayaan hanya boleh dicapai melalui usaha dan kerja keras.

Neneknya, Bok Miah (Khatijah Tan), percaya bahawa ilmu hitam adalah jalan pintas untuk membantu anak cucunya mencapai kesenangan.

Konflik semakin memuncak apabila perbezaan prinsip ini turut mengaitkan keruntuhan rumah tangga Dr Izara dengan Aidan (Niezam Zaidi).

Persoalannya, adakah Dr Izara akan tetap teguh dengan pendiriannya atau akhirnya tunduk kepada kehendak neneknya?