
Nantikan telefilem epik terbitan Unit Drama TV RTM berjudul Srikandi diinspirasikan daripada Syair Siti Zubaidah pada 1840. Telefilem arahan Wan Mohd Afzam Wan Daud ini bakal bersiaran pada Isnin, 15 September, pukul 9.00 malam di TV1 dan RTMKlik,
Srikandi
Waktu Siaran: Isnin, 15 September 2025, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Pengarah: Wan Mohd Afzam Wan Daud
Produksi: Unit Drama TV RTM
Watak Pelakon
Farali Khan sebagai Siti Zubaidah
Amalina Arham sebagai Umi Kalsom
Luqman Hafidz sebagai Sultan Zainal Abidin
Fauziah Latiff sebagai Bonda Sultanah
Che Kem sebagai Ayahanda Siti Zubaidah
Catriona Ross sebagai Bonda Siti Zubaidah
Datuk Fauziah Nawi sebagai Bidan Tua
Ellie Suriati sebagai Dukun
Elizabeth Tan sebagai Gadis Lanun
Khatijah Tan
Hafidzudin Fazil
Mubarak Majid
Fendy Bakry
Yusran Hashim
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Srikandi
Penyanyi: Asmidar
Lirik: Hairul Anuar Harun
Pencipta Lagu: Nik Nizam
Sinopsis Srikandi
Mengisahkan kesukaran dialami Siti Zubaidah dalam menjejak suami, Sultan Zainal Abidin yang diculik hingga dia terpaksa bersalin di hutan.
Siti Zubaidah kemudian bertembung dengan lanun dan terjumpa barang milik suaminya. Sultanah pula menyuruh panglima mencari anakanda Sultan secara senyap.
Siti Zubaidah menang bertarung dengan kumpulan lanun darat, namun, suaminya tidak ditemui.