Mahligai Belum Terbakar (TV2)

Mahligai Belum Terbakar

Saksikan telefilem 'Mahligai Belum Terbakar' lakonan Lah Ahmad pada 9 Ogos ini, pukul 9.00 malam di TV2.

Mahligai Belum Terbakar

Waktu Siaran: Selasa, 9 Ogos 2022, 9:00 malam 
Rangkaian: TV2 slot Drama On 2
Penulis Skrip: Nazri Nawang (Nayie Kelate)
Pengarah: Khalid Sulaiman
Produksi: Tunestone Entertainment
Pelakon: Lah Ahmad, Fatimah Az Zahra Ahmad, Syed Ali, Zalfa Zain, Zul Helmi

Sinopsis Mahligai Belum Terbakar

Kisah kekecewaan Fahimi dalam kedua-dua perkahwinannya kerana dipergunakan oleh isteri-isterinya.

Perkahwinan bersama isteri pertama gagal kerana isterinya itu bersifat material dan mengejar kekayaan semata-mata. Ianya berlaku di luar jangkaan Fahimi kerana di awal perkahwinan segalanya tampak sempurna dan ikhlas. Namun dengan berat hati Fahimi terpaksa melafazkan cerai.

Manakala dalam perkahwinan kedua pula sekali lagi Fahimi diuji. Fahimi dapat merasakan isterinya hanya mempergunakannya untuk berbalik semula dengan bekas suaminya dahulu. Fahimi rasa dikhianati.

Begitupun adakah realitinya yang berlaku sebaliknya? Adakah telahan isterinya itu sekadar mahu mempergunakannya tidak benar sama sekali? Dan masihkan ada ruang untuk Fahimi berbahagia bersama isteri dan anaknya?