Sinopsis filem Rock 4 Rockers Never Dai (2020)

Rock 4

Filem trilogi keempat berjudul 'Rock 4: Rockers Never Dai' arahan Mamat Khalid bakal ditayangkan di pawagam mulai 20 Februari 2020. Menampilkan lakonan Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi dan penampilan khas oleh Dato' Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim, dan Kamarool Hj Yusof.


TAJUK : ROCK 4 ROCKERS NEVER DAI

Genre : Musikal Komedi
Tarikh Tayangan : 20 Februari 2020
Pengarah : Mamat Khalid
Produksi : Primeworks Studios
Pelakon : Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry, Nazimi Fahmi, Dato’ Awie, Khir Rahman, Madnoor Hendrix, Edry Hashim, Pekin Ibrahim, Kamarool Hj Yusof

WATAK PELAKON
Sharwani NS sebagai Ronnie James Dio
Hazama sebagai Omar
Adam John sebagai Rayyan
Bulan Terry sebagai Seri
Nazimi Fahmi sebagai Acap

SINOPSIS ROCK 4
Rock 4: Rockers Never Dai kembali dengan Ronnie James Dio (Sharwani NS) yang tersedar dari koma selepas berbelas tahun terlibat dalam kemalangan. Dio tidak dapat menerima arus muzik zaman sekarang yang telah banyak berubah dan tidak lagi menampilkan bakat nyanyian sebenar. Semasa dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan arus muzik moden, Dio sering mengimbau kembali kenangan ketika dia mengetuai kumpulan Rimba Bara. Dio tekad untuk menyelamatkan industri muzik rock sebelum terlambat dan dengan adanya media sosial masa kini, Dio telah berjaya menubuhkan Rimba Bara 2. Dapatkah Dio mengembalikan jiwa sebenar muzik dan bakat dari kumpulan Rimba Bara 2 serta meneruskan legasi rock yang tidak akan pernah lapuk dek zaman?


Dio Rock 4

Dio - From Roadie to Manager! Seorang berjiwa rock kental yang bertanggungjawab menyambung legasi Rimba Bara. Kisahnya lebih dahsyat dari Freddie Mercury.

Omar Rock 4

Omar - Slap and Pop! Seorang bassist by heart yang menjadi rhythm & soul kepada Rimba Bara 2 ala James Jamerson tetapi seorang yang degil dan mempunyai attitude tersendiri.

Rayyan Rock 4

Rayyan - The Steve Vai of Rimba Bara 2! Mempunyai suara Rock N' Roll paling padu. Kalah Kirk Hammet bila Rayyan start goreng gitar.

Seri Rock 4

Seri - 'The Cherrybomb', seperti Sandy West kepada Rimba Bara 2. Seorang yang sangat berbakat dan boleh bermain double pedal sampai drum terbalik.

Acap Rock 4

Acap - Rocker paling pendiam tetapi berjiwa rock. Selaku keyboardist ibarat John Lennon yang boleh menggegarkan nota kunci piano.