,

Menantu Nista (TV3)

June 30, 2018

Menantu Nista

Saksikan telefilem arahan Shuhaimi Lua bertajuk 'Menantu Nista'. Dibintangi oleh Sheris Merlis, Normah Damanhuri, Emma Maebong, Mahmud Ali Basha, dan Syazuwan Hassan. Disiarkan pada Sabtu ini jam 9 malam di slot Cerekararama TV3.

JUDUL : MENANTU NISTA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 30 Jun 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
IDEA ASAL : Che Soo
PENULIS SKRIP : Adza Emie
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Normah Damanhuri, Sherie Merlis, Emma Maembong, Mahmud Ali Bashah, Syazuwan Hassan, Raja Azmi

SINOPSIS MENANTU NISTA
Mengisahkan Sofea seorang gadis yang mempunyai masalah dengan ibunya, Nora. Sofea sudah berapa lama bercinta dengan Armin, keluarga Armin mahu masuk meminang dan uruskan majlis pernikahan antara kedua mereka, namun dihalang oleh ibu sofea.

Bapa Sofea, Fauzi seorang pemandu van dan jarang berada di rumah. Nora sangat garang dan tidak memberikan kasih sayang buat anaknya. Ibu Fauzi iaitu Nek Yam tiba-tiba jatuh sakit membuatkan Fauzi mahu mengambilnya tinggal bersama mereka.

Hasrat ini ditentang keras Nora yang sememangnya tidak sebulu dengan ibu mentuanya. Daripada situ terbongkar kisah lampau yang menjadi punca Nora amat membenci Nek Yam.

Menantu Nista

You Might Also Like

1 comments

recent posts

Facebook

Follow