,

Drama Awak Suka Saya Tak

September 24, 2017

Awak Suka Saya Tak

Nantikan drama adaptasi novel Awak Suka Saya Tak karya Melur Jelita yang akan menghiasi slot MegaDrama di Astro Ria. Membawakan gandingan utama iaitu Alvin Chong dan Emma Maembong. Drama 16 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Raja Ahmad Alauddin. Akan menemui penonton bermula 25 September ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 132.

JUDUL : AWAK SUKA SAYA TAK ?
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 September 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123
SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
PENULIS NOVEL : Melur Jelita
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Alvin Chong, Emma Maembong, Sabhi Saddi, Rebecca Nur, Raden Ahmad Faizal, Kael, Fieza Jolie, Aman Aziz, Mustapha Kamal, Susan Manen, Angeline Tan, Joyce Harn, Michelle Tan, Jesse Lim, Shazrene, Fathil Dani, Syakirah Nurizzati, Aryan Adani

WATAK PELAKON 
Alvin Chong sebagai Hilman Yong Abdullah / Damien Yong
Emma Maembong sebagai Intan Zulaikha
Sabhi Saddi sebagai Nazim
Rebecca Nur Islam sebagai Salina
Raff Yaakob sebagai Danish
Kael sebagai Azad
Aman Aziz sebagai Yasin
Fieza Jolie sebagai Lily
Amalina Smith sebagai Shasha
Mustapha Kamal sebagai Dato Megat
Susan Manen sebagai Datin Sofea
Fathil Dani sebagai Imam Kahar
Jesse Lim sebagai Robert
Angeline Tan sebagai Clarence
Joyce Harn sebagai Grace
Aryan Adani sebagai Daniel
Michelle Tan sebagai Cheris

LAGU TEMA / OST AWAK SUKA SAYA TAK 
Tajuk : Jangan 
Penyanyi : Aziz Harun
Video → LINK

SINOPSIS AWAK SUKA SAYA TAK
Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia. 

Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Awak Suka Saya Tak
Intan dan Hilman

You Might Also Like

6 comments

  1. Saya masih tercari satu lagu dlm drama ni...its really beautiful... If I'm not mistaken, mcm Ajai yg nyanyi lagu tu...but couldn't get the title...plz2 help me to find it....

    ReplyDelete
  2. Nonaroguy90
    Jangan.. Aziz harun
    Delusi.. Meeyo & Joe..

    1 lg lagu x dpt nk tlong.. Puas mncari.. Mungkin lagu yg nonaroguy90 maksudkn tu..

    ReplyDelete
  3. Lagu Aku Mahu kumpulan EBA (Empira by Ajai)

    ReplyDelete
  4. Bole x bg link Lagu Aku Mahu kumpulan EBA (Empira by Ajai)..coz still x jumpa..lagu tu best

    ReplyDelete
  5. Susah nak cari lagu yang ada dalam drama ni.. Jumpa lagu Jangan je

    ReplyDelete
  6. Knpe lagu cahaya by syara tk jumpe.. ade satu lg tu sedap giler..ade dlm episod akhir. maybe yg tu tajuknya.. please reply

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow