Drama Surah Buat Maisarah (TV3)

Surah Buat Maisarah

Layar Consult Sdn Bhd mempersembahkan drama bersiri Surah Buat Maisarah mengisi slot Zehra TV3. Dibintangi oleh Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Nabilah Dally, Shah Iskandar dan ramai lagi. Sebuah drama arahan Khalid Nadzri dan skrip oleh RIna Khan. Akan disiarkan bermula 20 Julai 2016, setiap Rabu dan Khamis jam 9.00 malam di TV3. Drama Surah Buat Maisarah telahpun ditayangkan terlebih dahulu di portal tonton.com.my

JUDUL : SURAH BUAT MAISARAH
EPISOD : 15 Episod
TARIKH TAYANGAN : 20 Julai 2016
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Zehra TV3
SKRIP : Rina Khan
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : Layar Consult Sdn Bhd
PELAKON : Syatilla Melvin, Shukri Yahaya, Nabilah Dally, Shah Iskandar, Azri Iskandar, Zarina Zainuddin, Beego, Abby Nadzri, Yusri Salleh, Dania Aina, Ieka Zulkifli, Nursha, Ku Faridah, Halimah, Abby Khairuddin, Siti Khadijah, Monicca Picca, Ezam, Syatira Amir, Abdul Malek

WATAK PELAKON
Syatilla Melvin sebagai Maisarah
Shukri Yahaya sebagai  Nazim
Bella Dally sebagai Zalikha
Shah Iskandar sebagai Zahir
Azri Iskandar sebagai Dato Mustafa
Zarina Zainuddin sebagai Datin Zuraida
Beego sebagai Fikri
Abby Nadzri sebagai Rehana
Yusri Salleh sebagai Latiff 
Dania Aina sebagai Amanda 
Ieka Zulkifli sebagai Suraya 
Nursha sebagai Atie 
Ku Faridah sebagai Mak Umi
Halimah sebagai Mak Leha
Abby Khairuddin sebagai Bella
Siti Khadijah sbeagai Luna
Monicca Picca sebagai Widya
Ezam sebagai Mike
Syatira Amir sebagai Dian
Abdul Malek sebagai Mekanik

LAGU TEMA / OST SURAH BUAT MAISARAH
Lagu : Hanya NamaMu
Penyanyi : Caliph Buskers

SINOPSIS SURAH BUAT MAISARAH
Mengisahkan mengenai seorang gadis melayu, Maisarah atau Sara (Syatila Melvin) yang mengagungkan budaya barat hanya kerana pernah menetap di Amerika untuk beberapa tahun. Merasakan dirinya hebat dan lebih moden, kelakuan dan percakapan Sara sering sahaja menjengkelkan orang disekelilingnya. Sara terpaksa pulang ke Malaysia, kerana ayahnya Dato’ Mustafa tidak suka dengan cara hidup Sara di sana yang suka berjoli dan bergaul bebas. Sara juga perlu bekerja di syarikat milik Dato’ Mustafa jika dia mahu mendapatkan wang untuk berbelanja dan membantu Zalikha, adiknya yang telah bertungkus lumus menguruskan syarikat selama ketiadaan Sara.

Perangai kasar dan sombong Sara turut menjengkelkan pekerja di Indah Cipta, lebih-lebih lagi Nazim (Shukri Yahaya) seorang arkitek muda di syarikat itu. Nazim tidak senang melihat kelakuan Sara dan mula menghantar surah-surah Al-Quran sebagai teguran kepada Sara. Nazim tidaklah membenci Sara, namun setelah Sara cuba merosakkan kebahagiaan rumah tangga sepupunya Suraya, Nazim perlu bertindak lebih keras hanya untuk menyedarkan Sara. Fikri merupakan bekas teman lelaki Sara sebelum ke luar negara. Tanpa diketahui Sara, Fikri hanya mahu menggunakan Sara bagi mendapatkan modal untuk memulakan perniagaaanya.

Meskipun serangan Nazim boleh dianggap kasar, namun dia cuma mahu menyedarkan Sara bahawa apa yang dilakukannya itu tidak betul dan keterlaluan. Akan tetapi, teguran Nazim hanya menambah bara dan membuatkan Sara merasa lebih tercabar sehingga memecat Nazim dan terus berhubungan dengan Fikri. Bagaimanakah nasib Nazim dan berjayakan dia mengubah Sara? 

GAMBAR PELAKON 

Pelakon Surah Buat Maisarah
Pelakon drama Surah Buat Maisarah
Drama Surah Buat Maisarah TV3
watak utama
Surah Buat Maisarah