,

Drama Imam Mudaku Romantik (Astro)

19:00:00

Imam Mudaku Romantik

Drama terbaru 'Imam Mudaku Romantik' diadaptasi daripada novel popular karya Izzah Haneefa. Dibintangi oleh Hisyam Hamid dan Syatilla Melvin sebagai pelakon utama. Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dibawah terbitan Nuansa Sdn Bhd. Imam Mudaku Romanti akan ditayangkan di Astro Oasis dan Astro Maya HD bermula 6 Jun 2016, disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 9.00 malam.

JUDUL : IMAM MUDAKU ROMANTIK
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 6 Jun 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 9.00 malam
SIARAN : Astro Oasis 106 & Astro Maya HD 135
NOVELIS : Izzah Haneefa
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Syatilla Melvin, Faye Kusairi, Rahhim Omar, Zarina Zanuddin, John Chisel, Erwin Dawson, Dian P. Ramlee, Syed Ali, Sharisa Haris, Kuza, Amalina Lutfi, Farah Nabila, Charline Numan, Amy Hariani, Nisa Rissa, Rosli Sako

WATAK PELAKON
Hisham Hamid sebagai Muhammad Faqih
Syatilla Melvin sebagai Laila Khalisah
Faye Kusairi sebagai Adriana
Syed Ali sebagai Khalis
Erwin Dawson sebagai Izham
Farah Nabila sebagai Syuhada
Rahhim Omar sebagai Tan Sri Kamarul
Zarina Zanuddin  sebagai Puan Sri Lydia
Charline Numan sebagai Dato Farhan
Kuza sebagai Datin Salma
John Chisel sebagai Taufik
Sharisa Haris sebagai Zarina
Amy Hariani sebagai Anita
Nisa Rissa sebagai Aisha
Rosli Sako sebagai Ustaz Syed

LAGU TEMA / OST IMAM MUDAKU ROMANTIK
Tajuk : Takkan Ada
Penyanyi : Wan Azlyn feat Viral

Tajuk : Alhamdulillah
Penyanyi : Wani feat Juzzthin

Tajuk : Bukan Hanya Sekali
Penyanyi : Apiz Paschya

SINOPSIS IMAM MUDAKU ROMANTIK
Laila Khalisah, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan Muhammad Faqih dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu. Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu. Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.

GAMBAR PELAKON 

Imam Mudaku Romantik

Drama Imam Mudaku Romantik
Pelakon drama Imam Mudaku Romantik
Imam Mudaku Romantik 2016
gambar pertunangan Laila Khalisa
Pelakon Imam Mudaku Romantik
Antara pelakon lain

You Might Also Like

1 comments

recent posts

Facebook

Follow