Drama Jangan Padam Rindu

Jangan Padam Rindu

Nantikan drama bersiri Jangan Padam Rindu adaptasi novel karya Rina Farizq. Drama sebanyak 20 episod, arahan Raja Ahmad Alauddin, terbitan Suhan Movies & Trading. Bakal menampilkan gandingan sulung Keith Foo dan Emma Maembong. Turut membintangi Arash Mohd, Catriona Ross, Isyariana, Mustaqim Bahadon, Nina Nadira dan ramai lagi. Bakal disiarkan menerusi saluran RTM (Radio Televisyen Malaysia).

JUDUL : JANGAN PADAM RINDU
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 2018
SIARAN TV : TV1 (RTM)
PENULIS NOVEL : Rina Farizq 
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Emma Maembong, Keith Foo, Arash Mohd, Catriona Ross, Isyariana, Mustaqim Bahadon, Nina Nadir, Chef Zam

WATAK PELAKON 
Emma Maembong sebagai Ellina
Keith Foo sebagai Akid Fauzan 
Arash Mohd sebagai Tuan Haji Mizan

SINOPSIS JANGAN PADAM RINDU
Mengisahkan Ellina yang menyangka Tuan Haji Mizan melamarnya untuk dijadikan isteri. Sudah semestinya dia tidak mahu bersuamikan lelaki tua.

Ellina tidak mementingkan kebendaan meskipun dia sangat berkenan dengan telefon pintar yang Tuan Haji Mizan hadiahkan kepadanya. Tidak semudah itu Ellina akan jatuh hati dengan orang tua itu.

Mujur Ellina dan Tuan Haji Mizan tidak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. Ellina lebih rela Tuan Haji Mizan yang bertongkat itu menjadi bapa tirinya.

Bagaimanapun, Ellina tiada pilihan dan terpaksa akur dengan takdir itu. Tiba hari pertunangan, dia terkejut melihat bakat suaminya.