Malam Tanpa Yasin (TV3)

Malam Tanpa Yasin

Istimewa sempena Nuzul Al-Quran, TV3 akan menyiarkan telefilem berjudul Malam Tanpa Yasin yang menampilkan lakonan Syafiq Kyle, Mira Filzah, dan Nazrief Nazri. Telefilem arahan Along Kamaludin ini akan ditayangkan pada hari Isnin, 12 Jun 2017 pukul 3.00 petang. 

JUDUL : MALAM TANPA YASIN 
TARIKH / MASA : Isnin, 12 Jun 2017, 3.0 petang
SIARAN : TV3 (Istimewa Nuzul Quran)
SKRIP : Tok Uban
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Quiara One Production Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Mira Filzah, Nazrief Nazri, Ku Fridah, Razak Ahmad, Fatimah Azahra, Amai Kamarudin

SINOPSIS MALAM TANPA YASIN
Mengisahkan Yasin, seorang jurutera yang hidup dalam kemewahan sehinggalah satu hari projek pembinaan yang diselianya runtuh. Yasin melarikan diri ke kampung dan bersembunyi di rumah Pak Hamid dan Adawiyah. Yasin gagal menyelamatkan diri daripada hukuman. Dia telah ditangkap dan dipenjarakan. Semasa berada dalam penjara, Yasin merenung kisah hidup silamnya dan mula belajar membaca Al–Quran. Selepas dibebaskan, Yasin telah mengahwini Adawiyah. Mereka telah meneruskan perniagaan Allahyarham Pak Hamid dalam membukukan Al-Quran.

Pelakon Malam Tanpa Yasin
Pelakon telemovie Malam Tanpa Yasin