,

Drama Mr Hijab (TV3)

October 16, 2017

Mr Hijab

Rumah Karya Citra akan menerbitkan drama bersiri bertajuk Mr Hijab untuk slot Iris TV3. Drama ini diarahkan oleh Zafizam. Dibintangi oleh Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Wan Sharmila, Shiqin Kamal, dan ramai lagi. Saksikannya mulai 17 Oktober ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.30 petang di TV3.

JUDUL : MR. HIJAB
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Oktober 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
PENGARAH : Zafizam Zahir
TERBITAN : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PELAKON : Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Wan Sharmila, Shiqin Kamal, Fadilah Mansor, Didie Alias, Hafiz Hamidun, Nadiyah Shahab

WATAK PELAKON
Sharnaaz Ahmad sebagai Rem
Nabila Huda sebagai Fazira
Wan Sharmila sebagai Luna
Shiqin Kamal sebagai Bienda
Didie Alias sebagai Datin Lela
Hafiz Hamidun sebagai Syamiel

SINOPSIS MR HIJAB
Mengisahkan Rem (Sharnaaz Ahmad), yang tidak hanya kacak malah sungguh arif dalam penggayaan hijab yang menarik minat para pelanggan di butik milik Fazira (Nabila Huda).

Fazira, seorang model terkenal mengambil keputusan untuk membuka butik berkonsep muslimah, setelah berkahwin dengan ustaz muda bernama Syamiel (Hafiz Hamidun).

Fazira mula mencari lokasi butik yang menjadi tumpuan orang ramai dan juga vendor-vendor yang bersesuaian dengan imej butik muslimahnya.

Dengan populariti yang Fazira miliki, ramai yang menawarkan diri untuk menjadi vendor. Penjual pakaian muslimah atas talian yang terkenal, Bienda (Shiqin Kamal) berminat untuk  untuk menyertai butik Fazira dan Fazira teruja kerana sudah tentu dapat membantu menaikkan lagi imej butiknya.

Begitu juga dengan Datin Lela (Didie Alias), walaupun sudah mempunyai beberapa buah butik juga mahu menyertai butik Fazira kerana merasakan butik Fazira mempunyai potensi untuk dia mengembangkan lagi bisnesnya.

Daripada awal, Datin Lela dan Bienda tidak sefahaman.  Kerapkali mereka berbalah mengenai perkara yang remeh temeh.

Butik Fazira juga turut menjadi tapak buat pelakon terkenal iaitu Luna (Wan Sharmila), yang baharu menjinakkan diri dalam bisnes penjualan tudung untuk menaikkan kembali reputasinya setelah dihimpit kontroversi.

Sementara itu, Rem yang membantu ibunya mencadangkan kepada ibunya yang dipanggil Kak Chik untuk mencuba nasib menjadi vendor di butik Fazira.

Tetapi malangnya setelah melihat rekaan tudung Kak Chik, Fazira menolak kerana merasakan rekaan tudung-tudung kak Chik ketinggalan.

Kak Chik pulang dengan hampa namun Rem tetap tidak berputus asa. Dia mempunyai rancangan lain untuk ibunya itu dan berjanji suatu hari nanti Fazira sendiri akan dapat mencari ibunya.

Ternyata kata-kata Rem memang benar, apabila Fazira menawarkan Kak Chik ruang sebagai salah seorang vendor setelah dia melihat sendiri gerai jualan tudung Kak Chik di bazar menjadi tumpuan orang ramai. Rem mengatur strategi yang lebih hebat lagi untuk emaknya itu.

Malang menimpa, Kak Chik diserang strok. Rem terpaksa mengambil alih tugas emaknya. Mempunyai wajah yang kacak dan berbadan sasa, kehadiran Rem telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan wanita di butik Fazira.

Bukan sahaja pelanggan, kekacakkan Rem turut memikat hati Bienda, Luna dan Datin Lela. Ketiga-tiga mereka mula bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan Rem. 

GAMBAR PELAKON
Mr Hijab

Pelakon Mr Hijab
barisan pelakon

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow