Qaseh Leyla (TV2)

Qaseh Leyla

Screenart Studio mempersembahkan Qaseh Leyla sebuah telefilem Suhaimi Abd Rahman dibintangi oleh Aida Aris, Eyka Farhana, Taufiq Izmir, Alif Hadi dan Zamarul Hisyam. Saksikan telefilem Qaseh Leyla pada Selasa ini, pukul 10.00 malam di TV2. Bagi anda yang ketinggalan boleh menontonnya di portal myklik.rtm.gov.my

JUDUL : QASEH LEYLA
TARIKH / MASA : Selasa, 20 September 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2
SKRIP : Amin Shakib
PENGARAH : Suhaimi Abd Rahman
TERBITAN : Screenart Studio
PELAKON : Aida Aris, Eyka Farhana, Taufiq Izmir, Alif Hadi, Zamarul Hisyam , Tiaz Al-Khred

SINOPSIS QASEH LEYLA
Mengisahkan Qaseh iaitu seorang ibu tunggal yang mempunyai anak remaja bernama Leyla. Qaseh mengajar anak anak jiran mengaji, namun agak sukar untuk Qaseh membimbing Leyla yang semakin liar sejak berkawan dengan Zek. Disebabkan merasakan dirinya dikonkong, Leyla telah keluar dari rumah. Qaseh terus mencari untuk memujuk Leyla kembali, Qaseh dibantu oleh anak sahabatnya yang bernama Shafiq. Leyla masih berdegil dan Qaseh pula bertemu dengan Ustaz Syed Alwi, rakan lamanya yang mengajak Qaseh mengajar di tahfiznya. Leyla insaf, rasa bersalah dan terharu setelah mendapat tahu ibunya mendermakan buah pinggang untuknya setelah dia terbabit dalam kemalangan. 

Pelakon Qaseh Leyla
Pelakon telemovie Qaseh Leyla
Qaseh Leyla TV2
gambar