,

Drama Arluna (Astro)

May 07, 2017

Arluna

Produksi Global Station Sdn Bhd akan membawakan drama adaptasi novel Arluna tulisan Rin Ahmad. Menampilkan lakonan Saharul Ridzwan dan Anzalna Nasir selaku teraju utama dibantu oleh Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman dan ramai lagi. Drama bersiri 16 episod ini mendapat sentuhan pengarah Emi Suffian. Akan mula ditayangkan pada 8 Mei ini, disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.

JUDUL : ARLUNA
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : 8 Mei 2017, Isnin–Jumaat, 6.00
SIARAN TV: Slot Tiara (Astro Prima 105 & Maya HD 135)
PENULIS NOVEL : Rin Ahmad
SKRIP : Rina Khan
PENGARAH : Emi Suffian
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Anzalna Nasir, Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman, Atilia Haron, Syaffiq Sahli, Susan Manen, Aman Nassim, Bade Arell, Julieana Anna, Fara Syuhada, Nikki, Zalfa Zin, Syafnida Shuhaimi, Watie Sadali

WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Johan Arif
Anzalna Nasir sebagai Nia Arluna
Adeline Tsen sebagai Fazleen
Putri Najuwa sebagai Hanna
Zoey Rahman sebagai Raziq
Atilia Haron sebagai Azimah
Susan Manen sebagai Datin Azah
Aman Nassim sebagai Faizal
Bade Arell sebagai Haqeem
Julieana Anna sebagai Nancy
Fara Syuhada Azmira sebagai Zizie
Nikki sebagai Monica

SINOPSIS ARLUNA
Mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna. Pertemuan pertama mereka di Sands Skypark, Singapura tidaklah begitu romantik. Johan secara tidak sengaja membuatkan Arluna jatuh ke dalam kolam. Mereka berjumpa semula apabila semasa Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik Raziq yang merupakan kawan Johan. Pertemuan demi pertemuan seterusnya membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Arluna akhirnya menerima lamaran Johan walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Semasa berkahwin muncul bekas kekasih Johan, Fazleen yang mahu Johan dipangkuannya. Fazleen terus mengacau rumah tangga mereka untuk memiliki semula Johan. Mereka sebelum ini pernah bercinta namun mendapat tentangan daripada Hanna, adik Johan. Gangguan demi gangguan akhirnya menggugat kepercayaan Nia terhadap Johan.

Apa akan berlaku seterusnya? Adakah Arluna dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang? Apa rahsia yang tersimpan oleh Hanna tentang siapa sebenarnya Fazleen?

GAMBAR PELAKON

Arluna

Pelakon Arluna
Pelakon drama Arluna
Drama Arluna
barisan pelakon

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow