Telefilem Epok (TV3)

Epok TV3

Sempena hari kemerdekaan ini, TV3 akan menyiarkan telefilem istimewa berjudul EPOK yang dilakonkan oleh Izz Ilham, Eman Manan, Harris Alif dan ramai lagi. Telefilem sentuhan Dato' Tamimi Siregar itu akan bersiaran pada 31 Ogos ini, Rabu jam 9 malam di TV3.

JUDUL : EPOK
TARIKH / MASA : 31 Ogos 2016 (Rabu), 9.00 malam
SIARAN : TV3 - Istimewa Merdeka
SKRIP : Roydy Rokidy
PENGARAH : Dato' Tamimi Siregar
TERBITAN : Timore Niaga Sdn Bhd
PELAKON : Izz Ilham, Eman Manan, Harris Alif, Sean Lee, Farisya Adriana, Akid Ieman, Roydy Rokidy

SINOPSIS EPOK
Mengisahkan Epok (Izz Ilham) yang cuba membaiki hubungan tegang antara dia dan bapanya, Pak Din (Eman Manan), melalui sukan badminton. Dia berasa hairan akan minat dan usaha Pak Din yang bersungguh-sungguh melatihnya bermain badminton, sedangkan dia langsung tidak menunjukkan minat. Segalanya berubah apabila satu hari, guru Pendidikan Jasmani mengarahkan semua murid kelasnya untuk bermain badminton. Epok mula meminati sukan tersebut dan dia akhirnya sedar bahawa usaha Pak Din adalah untuk menanam semangat serta kekuatan mental dan fizikal. Dengan pandangan dan keyakinan baru, Epok mula mengeratkan hubungan dengan ayahnya yang kebetulan ketika itu adalah musim Thomas Cup.

pelakon epok-tv3
pelakon telefilem epok