,

Telefilem Sedikit Waktu (Astro)

04:00:00

Telefilem Sedikit Waktu

Pasangan suami isteri Farid Kamil dan Diana Danielle akan muncul dalam telefilem istimewa sempena Aidilfitri berjudul Sedikit Waktu. Telefilem arahan Kabir Bhatia itu turut menampilkan lakonan Fikry Kiki dan Hafizuddin Fadzil. Saksikan mereka pada 3 Julai (Ahad) jam 9.30 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

JUDUL : SEDIKIT WAKTU
TARIKH / MASA : Ahad, 3 Julai 2016, 9.30 malam
SIARAN : Astro Ria & Astro Ria HD
SKRIP : Anwari Ashraf
PENGARAH : Kabir Bhatia
TERBITAN : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Farid Kamil, Diana Danielle, Fikry Kiki, Hafizuddin Fadzil.

LAGU TEMA / OST SEDIKIT WAKTU
Tajuk : Sajadah Panjang
Penyanyi : Noah

SINOPSIS SEDIKIT WAKTU
Mengisahkan Aidin yang berusia 8 tahun pergi bertemu atuknya, Abdullah setelah berasa kesunyian kerana ibu bapanya, Amal dan Liza sentiasa sibuk sehingga jarang meluangkan masa bersamanya. Setelah menyedari kehilangan Aidin, Amal dan Liza mula menyalahkan satu sama lain atas kelalaian dalam memikul tanggungjawab. Apabila mereka ingin membuat laporan polis tentang kehilangan Aidin, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari rumah kebajikan orang tua mengenai kehilangan Abdullah. Barulah Amal sedar bahawa dia sudah lama tidak berikan masa buat ayahnya. Sementara itu, Aidin yang telah bersama dengan atuknya, kini dalam perjalanan ke sebuah tempat bagi mengubati kerinduan mereka.

Pelakon Sedikit Waktu
Pelakon telemovie Sedikit Waktu

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow