Tersuka Tanpa Sengaja Raya (Astro)

Tersuka Tanpa Sengaja Raya

Saksikan telefilem Tersuka Tanpa Sengaja Raya lakonan Amar Baharin, Amyra Rosli, Hafreez Adam, dan Farah Nabilah pada 1 Syawal nanti jam 10 pagi di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD

JUDUL : TERSUKA TANPA SENGAJA RAYA
TARIKH / MASA : 1 Syawal, 6 Julai, 10 pagi
SIARAN :  Astro Ria & Asto Ria HD
PENGARAH : Keoi Hj Khalid
TERBITAN : Suhan Movie & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Amyra Rosli, Hafreez Adam, Farah Nabilah, Kuna

SINOPSIS TERSUKA TANPA SENGAJA RAYA
Syed and Farhah serta Armand dan Kat hidup bahagia selepas berkahwin. Syed merancang untuk memperkenalkan Farhah kepada ahli keluarganya yang lain ketika hari raya pertama. Armand dan Syed merancang untuk meminta isteri mereka memasak sendiri juadah ketika resepsi perkahwinan Armand dan Kat. Farhah tidak yakin untuk melakukannya apatah lagi sibuk menjaga bayinya manakala Kat tidak pandai memasak. Pelbagai cara dilakukan mereka untuk mengaburi mata suami masing-masing termasuk membeli juadah di bazar. Seminggu sebelum raya, muncul seorang wanita bernama Melissa bertemu Syed. Farhah tidak tahu tentang hal itu. Melissa muncul kembali sewaktu menyambut raya dan mengatakan Syed adalah tunangnya. Bagaimanakah mereka mengatasi rintangan sempena Hari Raya?

Pelakon Tersuka Tanpa Sengaja Raya
Pelakon telefilem Tersuka Tanpa Sengaja Raya