Ramadan Terindah (TV3)

Ramadan Terindah TV3

Saksikan telefilem Ramadan Terindah arahan Fairuz Loy. Dibarisi pelakon terkenal tanah air seperti Noorkhiriah, Fauzi Nawawi, Zamarul Hisyam dan Ruminah Sidek. Akan disiarkan pada Sabtu ini, 2 Julai, jam 10 malam di slot Cerekarama TV3.

JUDUL : RAMADAN TERINDAH
TARIKH / MASA : Sabtu, 2 Julai, 10.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Mohd Fairuz Loy
TERBITAN : Enuja roduction Sdn Bhd
PELAKON : Noorkhiriah, Fauzi Nawawi, Zamarul Hisyam, Ruminah Sidek, Farah Nadiah, Muhd Daniel Zulkifli

SINOPSIS RAMADAN TERINDAH
Kisah Munirah yang menjaga ibu dan dua orang anak saudaranya yang yatim piatu, Dina dan Nasrul. Jiran mereka, Khai yang memang sentiasa dikenali dengan niat jahatnya kepada Munirah. Mustaza seorang pemuda yang baik hati menjadi rapat dengan Munirah mencadangkan agar Munirah melabur dalam emas. Kehidupan Munirah semakin senang sejak pelaburan emasnya membuahkan hasil, tetapi sering timbul syak wasangka dari kalangan orang kampung. Dalam diam, Mustaza menaruh hati kepada Munirah kerana skipanya yang lemah lembut dan sentiasa menjaga kebajikan ibunya. Sebelum Mustaza pindah, dia melamar kepada Munirah tetapi ditolak Munirah kerana Munirah ingin menyerahkan seluruh nyawanya ke jalan Allah SWT


Ramadan Terindah TV3