Hello Mr Perfect Raya (TV3)

Hello Mr Perfect Raya

Fattah Amin dan Ruhainies akan bergandingan semula dalam telefilem khas Hello Mr Perfect Raya. Cerita sambungan daripada drama siri Hello Mr Perfect. Akan menemui penonton pada bulan Syawal nanti. Bersiaran pada pagi 1 Syawal pukul 10 pagi di TV3

JUDUL : HELLO MR. PERFECT RAYA
TARIKH / MASA : Rabu, 6 Julai, 10.00 pagi
SIARAN : TV3
SKRIP : Mazelan Manan
PENGARAH : Nuad Hj Othman
TERBITAN : A.Aida Production Sdn. Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Ruhainies, Raja Afiq, Ezzaty Abdullah, Dato Eizlan Yusof, Fiza Elite

SINOPSIS HELLO MR PERFECT RAYA
Rumah tangga Izzul dan Alya begitu bahagia. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Masing-masing begitu teruja sehinggalah tiba bulan Ramadan, kekecohan mula berlaku apabila masing-masing kepenatan mengurus bayi dan persediaan untuk berbuka serta bersahur. Datin Seri Rosni dan Mak Temah sanggup menjaga bayi Alya. Alya dan Izzul enggan kerana mereka tidak mahu menyusahkan orang tua masing-masing. Arif dan Ainul pula masing-masing merasakan hubungan mereka semakin renggang. Sejak Ramadan bermula, mereka jarang dapat berbuka bersama kerana terpaksa memenuhi undangan majlis berbuka. Tambahan lagi Ain, bekas teman wanita Izzul kembali mengganggu hidup mereka.

Pelakon Hello Mr Perfect Raya
Pelakon telemovie Hello Mr Perfect Raya