Drama Lip Lap Raya (HyppTV)

Lip Lap Raya

Drama romantik komedi Lip Lap Raya bersiaran sepanjang ramadan di Hypptv. Menampilkan gandingan baru Daler Yusof dan Sariyanti sebagai teraju utama. Turut membariskan pelakon popular tanah air seperti Zoey Rahman, Fadlan Azim, Theera Alias dan Adiba Yunus, Mimi Ernida, dan ramai lagi. Drama Lip Lap Raya disiarkan pada setiap hari, pukul 6 petang di HyppSensasi saluran 116. Langgan HyppSensasi dengan harga RM6 sebulan.

JUDUL : LIPLAP RAYA
EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 6 Jun 2016
HARI / MASA : Isnin-Ahad, 6 petang
SIARAN : HyppSensasi HD 116
SKRIP : Mazelan Manan / Najmie Maziez
PENGARAH : Nuad Hj Othman
TERBITAN : Nafalia Corporation
PELAKON : Daler Yusof, Sariyanti, Zoey Rahman, Fadlan Azim, Theera Alias dan Adiba Yunus, Shahiela Shuhaimi, Aleza Shadan, Mimi Ernida, Tengku Fiella, Man Rajalawak, Kuniey Muzani, Mat Over , Eizlan Yusof, Jasmin Hamid, Qazem Nor

WATAK PELAKON
Daler Yusuf sebagai Adam Johanov
Sari Yanti sebagai Annisya
Fadlan Azim sebagai Adhlan
Adiba Yunus sebagai Damira
Shahiela Shuhaimi sebagai Alyah
Mimi Ernida sebagai Aliya
Tengku Fiella sebagai Suraya
Eizlan Yusof sebagai Ghazlan
Aleza Shadan sebagai Zarina
Jasmin Hamid sebagai Cik Ana

LAGU TEMA / OST LIPLAP RAYA
Lagu : Terjawab Sudah
Penyanyi : Dans

SINOPSIS LIP LAP RAYA
Mengisahkan Adam (Daler Yusof) seorang pelajar lingustik dari Uzbekistan, datang ke Malaysia dengan misi mencari salah silah keluarga di Malaysia, tetapi akhirnya menimbulkan pelbagai konflik. Dengan bantuan rakan-rakan kolej, akhirnya berjaya membawa beliau ke Terengganu, negeri kelahiran bondanya. Tanpa dirancang Adam juga berjaya menemui cintanya dengan Annisya (Sari Yanti).

GAMBAR PELAKON

Drama Lip Lap Raya
Adam, Anissya dan rakan sekolej
Pelakon Lip Lap Raya
Penggambaran di negeri Terengganu 
LipLap Raya
Barisan pelakon