Alien Janda Baik (Astro)

Alien Janda Baik

Saksikan telefilem Alien Janda Baik arahan pengarah muda, Amirul Nasrullah Kamarulzaman. Membariskan pelakon seperti Cat Farish, AR Badul, Ben Amir, Mimi Ernida, Luqman Hafidz dan ramai lagi. Akan disiarkan pada pukul 10 malam dalam slot Karya 12 di saluran Astro Citra (131) dan Mustika HD (134)

JUDUL : ALIEN JANDA BAIK
TARIKH / MASA : Sabtu, 21 Mei 2016, 10 malam
SIARAN : Astro Citra & Astro Mustika HD)
PENGARAH :  Amirul Nasrullah Kamarulzaman & Yusry
TERBITAN : KRU Studios
PELAKON : Cat Farish, AR Badul, Ben Amir, Mimi Ernida, Luqman Hafidz

SINOPSIS ALIEN JANDA BAIK
Berkisarkan mengenai kapal milik tiga makhluk asing yang telah terhempas di Janda Baik, Pahang kerana kehabisan minyak.  Disebabkan kekurangan bentuk fizikal, tiga makhluk asing itu menggunakan badan manusia yang mati untuk menyesuaikan diri dengan keadaan Bumi sehingga mereka berjaya mencari jalan kembali semula.