Dendam Manisa (Cerekarama TV3)

Dendam Manisa

Saksikan telefilem Dendam Manisa karya Jumal Yunus yang diarahkan oleh Jamal Khan. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Elizad Sharifuddin sebagai pelakon utama. Bakal menemui penonton di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu ini pukul 9 malam. 

JUDUL : DENDAM MANISA
TARIKH / MASA : Sabtu, 27 Februari 2016, 9.00 malam
SIARAN : Cerekarama TV3
SKRIP : Jumal Yunus
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Asia Era Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Siti Sharifuddin, Balqis, Norlia Ghani, Dato’ Jalaluddin Hassan, Nisha Dirr, Delimawati, Dian P.RamleeJasmin Hamid

LAGU TEMA DENDAM MANISA
Ippo Hafiz - Kekal Bahagia
Ipoo Hafiz - Hujan Sepi

SINOPSIS DENDAM MANISA
Keakraban Rosman dan Manisa membuatkan mereka bernikah tanpa pengetahuan sesiapa. Apabila Manisa mengandung, Rosman mula tidak senang duduk dan mula berubah perangai. Apakah yang terjadi?

Manisa baru keluar dari mahkamah, masih terdengar ditelinga manisa kata kata ketua hakim yang telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepadanya, airmata Manisa terus bercucuran tetapi manisa tetap tersenyum kerana dendamnya sudah terbalas, semasa menaiki kereta polis hendak kepenjara manisa terkenangkan masa lalunya Manisa seorang wanita melayu yang menjadi idaman setiap lelaki apabila memandang dan mengenalinya ,sikap manisa yang lemah lembut dan hormat pada setiap orang, membuatkan setiap lelaki ingin mengambilnya sebagai suri rumah tangga mereka. Ibu bapa manisa telah meninggal dunia semasa manisa berumur 8 tahun lagi, sekarang manisa tinggal bersama dengan neneknya yang sedang sakit. Manisa bekerja di rumah tuan omar sebagai pembantu rumah, keluarga Tuan Omar melayan Manisa dengan baik sekali sehingga menimbulkan keraguan pada Puan Maria yang mula cemburu pada Manisa, walau macam mana pun puan Maria terpaksa menyimpan perasaan cemburunya.

TONTON DENDAM MANISA | LINK

GAMBAR PELAKON

Pelakon Dendam Manisa
Pelakon telemovie Dendam Manisa
Dendam Manisa TV3
Keperitan hidup Manisa meninggalkan dendam