,

Jangan Ambil Botol Itu (TV9)

18:44:00

Jangan Ambil Botol Itu

Saksikan telefilem terbaru terbitan Tinta Unik Sdn Bhd bertajuk 'Jangan Ambil Botol Itu'. Sebuah kisah komedi arahan Shuhaimi Lua. Lakonan mantap Hairul Azreen, Nadzmi Adhwa, Jalil Hamid, dan Rashidah Jaafar. Penampilan Istimewa Syafiq Kyle, Ben Amir dan Zaidi Rock. Bakal disiarkan di slot Skrin Di 9 di TV9, 4 Januari ini pada jam 8.30 malam.

JUDUL : JANGAN AMBIL BOTOL ITU
TARIKH / MASA : Isnin, 4 Januari 2015, 8.30malam
SIARAN : Slot Skrin di 9 (TV9)
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tinta Unik Sdn Bhd
PELAKON : Hairul Azreen, Nadzmi Adhwa, Jalil Hamid, Rashidah Jaafar, Wan Ahmad, Izzmad Harun, Wans Ahmad, Shahrzril Ahmad, Fert Jasni, Sheeda Ali, Syafiq Kyle, Ben Amir dan Zaidi Rock

SINOPSIS JANGAN AMBIL BOTOL ITU
Mengisahkan Jamal (Hairul Azreen), anak kepada Lebai Tahir (Jalil Hamid) yang nakal. Sikapnya bertentangan dengan bapanya yang juga seorang imam dan penceramah agama disegani di kampung mereka.

Walaupun Jamal pernah dihantar belajar di sekolah agama, kelakuannya tidak berubah. Semua ilmu yang diajar di situ jarang diamalkannya. Sebaliknya dia lebih gemar berpelesiran dan lepak bersama-sama rakan sekampung yang tercicir dari alam persekolahan.

Hidupnya ditanggung Lebai Tahir yang mempunyai harta agak banyak membuatkan Jamal tidak perlu bersusah payah untuk bekerja dan mencari wang.

Selepas tamat pelajaran di sekolah agama, Jamal pulang kek kampung. Bapa dan ibu ingin mengadakan majlis kesyukuran atas kepulanganya yang diharap akan mengubah cara hidup Jamal.

Pada masa sama, Jamal juga disambut dengan gembira oleh rakan-rakan yang biasa melepas bersamanya. Tanpa pengetahuan Jamal, seorang rakannya Jizan (Nadzmi Adhwa) memberikannya pil dadah yang boleh menjadikannya khayal.

Suatu hari, Jamal tersalah masukkan pil khayal ke dalam botol minuman bapanya iaitu Lebai Tahir. Lebai Tahir membawa botol minuman yang berisi larutan pil khayal itu untuk memberi ceramah.

GAMBAR PELAKON

barisan pelakon

Pelakon Jangan Ambil Botol Itu
Krew dan pelakon telemovie Jangan Ambil Botol Itu

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow