
Nantikan filem 'TERBANG' dinspirasikan daripada perjalanan sebenar legenda rali negara, Karamjit Singh yang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Filem terbitan Astro Shaw ini diarahkan oleh pengarah tersohor, Chiu Keng Guan, nama yang cukup sinonim dengan karya-karya yang menyatukan rakyat dari semua latar dan membangkitkan rasa bangga terhadap Malaysia seperti filem pecah panggung ‘OlaBola’ dan ‘The Journey’. Filem Terbang akan berada di pawagam seluruh negara bermula 17 September 2026.
Terbang
Genre : Aksi
Tarikh Tayangan : 17 September 2026
Skrip : Hazwani Mahayuddin
Cerita Asal : Chiu Keng Guan
Lakon Layar : Hazwani Mahayuddin, Ashraff Modee Zain , Mamuvies
Pengarah: Chiu Keng Guan
Terbitan: Astro Shaw
Dengan Kerjasama : EJJ Films, Enotech Pictures, Aventure Space
Syarikat Produksi : Woohoo Pictures
Watak Pelakon
Irfan Zaini sebagai Ajeet
Zizan Razak sebagai Imran
Jack Tan sebagai Lee Wai Kitt
Nam Ron sebagai Rahim
Shweta Sekhon sebagai Lisa
Michael Helfman sebagai Richard
Diana Danielle sebagai Marini
Luqman Hafidz sebagai Basri
Mikael Noah sebagai Adam
Qasrina Karim sebagai Sarah
Razib Salimin sebagai Pak Halim
Ruminah Sidek sebagai Mak Teh
Peggie Ng sebagai Mrsoka Lee
Ng Meng Tuck sebagai Mr Lee
Dato’ Ahmad Tamimi Siregar sebagai Dato Johan
Sinopsis Terbang
Dihantui dengan insiden kemalangan yang tragis, Ajeet meninggalkan dunia rali demi mencari ketenangan di sisi isterinya, Lisa. Namun lima tahun kemudian, takdir memaksa dia kembali ke trek dan kali ini demi keluarganya. Bergandingan dengan Kitt, seorang pemandu muda dan panas baran, Ajeet harus berdepan konflik dalaman, persaingan sengit, dan bayangan rasa bersalah yang tidak pernah padam. Dengan sokongan Lisa, kepimpinan Rahim, dan kepakaran Imran, pasukan PERT Malaysia bangkit ke pentas dunia. Tetapi persoalannya, mampukah Ajeet melawan traumanya dan sekali lagi mengharumkan nama negara?
