Drama Cinta Ori

Cinta Ori

Saksikan micro drama Cinta Ori lakonan Siti Khadijah Halim dan Ikmal Amry di platform Viu mulai 1 April 2026, Strim episod baharu setiap hari jam 12 tengah hari di Viu atau catch-up episod sehari selepas jam 6 petang di TikTok Viu Malaysia.

Cinta Ori

Tarikh Tayangan: 1 April 2026
Waktu Siaran: Setiap hari, 12 tengah hari
Platform Penstriman: Viu
Penulis Skrip: Aina Atiqah
Pengarah: Faliq Sharif
Produksi: Creative Stew Sdn Bhd

Watak Pelakon
Siti Khadijah Halim sebagai Nadia
Ikmal Amry sebagai Aiman
Zuliana Ernie sebagai Ibu Nadia

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Ori-Ori Cinta
Penyanyi: Madzy feat Errick
Komposer: Melzedex / Nurman 
Lirik: Errick / Nurman

Sinopsis Cinta Ori

Terbakar dengan tekanan mencari kerja dan kehidupan dewasa, Nadia tiba-tiba menjadi tular selepas meluahkan perasaannya dalam siaran langsung sambil makan Mi Sedaap Ori-Ori Kari. Persona jujurnya, “Dap Dap Live,” memikat ramai dan membawanya kembali bertemu Aiman, seorang chef berdisiplin yang menjadi rakan kreatif dan cinta hatinya. Namun, apabila populariti meningkat, Nadia mula hilang arah. Kini, dia harus memilih antara mengejar perhatian atau kekal setia kepada dirinya sendiri.