
Saksikan telefilem penutup bagi siri Dari Layar Ke Lensa yang bakal diakhiri dengan naskhah terakhir arahan Zahiril Adzim berjudul “Pencuri Rumah Imam” bakal ditayangkan pada 26 Julai 2025 pukul 10 malam di slot Cerekarama TV3.
Pencuri Rumah Imam
Waktu Siaran: Sabtu, 26 Julai 2025, 10:00 malam
Rangkaian: TV3 / Tonton
Pengarah: Zahiril Adzim
Produksi: Anomalous Films
Pelakon: Fikry Ibrahim, Razak Ahmad, Shiqin Kamal
Sinopsis Pencuri Rumah Imam
Kisah Adli, seorang pencuri yang menyamar sebagai orang kaya dan datang ke sebuah kampung untuk melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa. Dalam usaha menyembunyikan identitinya, dia berjaya memikat kepercayaan Tok Imam Saleh, yang ketika itu sedang berdepan krisis kredibiliti sebagai pemimpin surau.
Dengan menyatakan hasrat untuk mendalami ilmu agama, Adli dilihat seolah-olah mahu ‘berhijrah’ sesuatu yang disambut terbuka oleh Tok Imam. Namun tidak semua mudah tertipu. Khadijah, anak perempuan Tok Imam, mula mencurigai niat sebenar Adli.