Drama Khilaf Yang Tertulis (TV3)

Khilaf Yang Tertulis

Nantikan drama bersiri 'Khilaf Yang Tertulis' terbitan Saphire Screen arahan bersama Jamal Khan dan Riza Baharudin akan disiarkan bermula 27 Mei 2024, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot Samarinda TV3 atau strim di Tonton.

Khilaf Yang Tertulis

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 27 Mei 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Moonamka, Chinta Nadessha - PGR's Team
Pengarah: Jamal Khan & Riza Baharudin
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd

Watak Pelakon
Fasha Sandha sebagai Misha
Fadlan Hazim sebagai Nordin
Puteri Balqis sebagai Yana
Danish Hazriq sebagai Rizal
Rafique Iskandar sebagai Aman
Ashraf Muslim sebagai Amir
Chacha Maembong sebagai Sofia
Zamarul Hisham sebagai Firdaus
Syazuwan Hassan sebagai Kamal

Lagu Tema (OST)
Lagu: Sebenar
Penyanyi: Puteri Khareeza
Komposer & Lirik: Firdaus Rahmat

Sinopsis Khilaf Yang Tertulis

Misha (Fasha Sandha), seorang suri rumah yang hidup kesepian walaupun serba cukup dan mewah. Kesetiaan Misha mula teruji apabila akhir-akhir ini mula merasakan kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada suaminya.

Firdaus (Zamarul Hisham) jarang bersamanya kerana tuntuan kerja sebagai Jurutera di Syarikat Pelantar Minyak. Mereka hanya bertemu seminggu selepas berbulan-bulan berada di laut. Mereka juga dikurniakan tiga orang anak iaitu Yana (Puteri Balqis), Rizal (Danish Hazriq), dan Aman (Rafique Iskandar).

Hasil terlalu banyak menghabiskan masa di sosial media, Misha mula mempunyai skandal iaitu Nordin (Fadlan Hazim). Nordin tempat dia bermanja dan meluahkan rasa kesepiannya. Misha mula bahagia sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Khilaf Yang Tertulis
Khilaf Yang Tertulis