Tari Sama Bayu (TV2)

Tari Sama Bayu

Saksikan telefilem khas Hari Malaysia 'Tari Sama Bayu' diinpirasikan daripada kisah benar, ia menceritakan tentang perjalanan mengejar impian dan cita-cita yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Tari Sama Bayu ditayangkan pada 16 September ini, Sabtu pukul 10.30 malam di TV2.

Tari Sama Bayu

Waktu Tayangan: Sabtu, 16 September 2023, 10:30 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Idea Asal: Dato Jeff Omar
Pengarah: Dato Jeff Omar
Produksi: Arcadia Gate Sdn Bhd
Pelakon: Larry Noh D’Kanju, Enn Xaviera, Norah Ting, Sharif Iswan, Roza Jamjuri, Razak Karim, Matinin Sungkin, Kevin Omiting, Fuaddy Zulkiflli, Farihin Abdullah, Khairudin Masbul

Lagu Tema: Tari Sama Bayu 
Penyanyi : Bayu
Lirik: Enn Xaviera
Komposer: Bayu

Sinopsis Tari Sama Bayu

Perjuangan seorang bekas penari, Syah yang terhenti aktivitinya kerana sakit slip discnya, berubah menjadi tenaga pengajar kumpulan pelajar sekolah menengah kawasan jauh dari kemudahan perbandaran dan diulit kehidupan yang bukan sahaja miskin serba kekurangan tetapi berhadapan dengan masalah silih berganti.

Atas semangat berpasukan, mereka telah memenangi pertandingan di peringkat kebangsaan dan kemudian mewakili negara menjuarai dan memenangi beberapa pingat di peringkat antarabangsa “World Cup Dance”. Pelbagai rintangan dihadapi oleh Syah sebelum sampai ke peringkat ini. Syah telah dianugerah oleh pelbagai negara sebagai kreografer / jurulatih tarian budaya terbaik sekaligus mengangkat nama negara Malaysia ke persada dunia menerusi seni budaya.