Aku Nazmi (TV3)

Aku Nazmi

Saksikan telefilem sempena DFKL 2018 bertajuk 'Aku Nazmi' arahan sutradara Azman Yahya. Cerita yang diangkat berdasarkan kisah benar lakonan Jay Iswazir, Ayda Jebat, Sheila Rusly, dan Dayana Roza. Akan disiarkan menerusi slot Cerekarama di TV3 pada Sabtu ini jam 9 malam. 

JUDUL : AKU NAZMI 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 31 Mac 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
IDEA ASAL : Nazmi Kamarulzaman
PENGARAH : Azman Hj Yahya
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Jay Iswazir, Sheila Rusly, Ayda Jebat, Dayana Roza, Fathi Shafie, Noralbaniah

SINOPSIS AKU NAZMI 
Mengisahkan Nazmi yang juga orang kurang upaya (OKU) mempunyai sebuah perniagaan dalam talian dengan bantuan sepupunya, Rafi.

Pada suatu hari, Nazmi menghantar pesanan barang kepada seorang pelanggannya bernama Ilya, seorang gadis pekak dan bisu.

Nazmi tertarik dengan keperibadian Ilya. Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat tetapi Puan Juha, ibu kepada Ilya membantah hubungan mereka.

Adakah Nazmi berjaya menyunting Ilya sebagai isterinya?

Pelakon Aku Nazmi
Barisan pelakon telefilem Aku Nazmi