Bukan Cinta Biasa (TV2)

Bukan Cinta Biasa TV2

Telefilem sempena hari ibu, Bukan Cinta Biasa bakal disiarkan RTM mengisi slot Citra di TV2 pada 9 Mei ini, pukul 10.00 malam. Dibintangi pelakon Niezam Zaidi, Aedy Ashraf, Sherie Merlis, selain turut dibantu oleh Shakilla Khoriri, dan Aleza Shadan

JUDUL : BUKAN CINTA BIASA
TARIKH / MASA : Selasa, 9 Mei 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM
SKRIP : Nurul Halawati
PENGARAH : Mohd Kamarul Ariffin Zazai
TERBITAN : Excellent Pictures
PELAKON : Niezam Zaidi, Aedy Ashraf, Sherie Merlis, Shakilla Khoriri, Aleza Shadan

SINOPSIS BUKAN CINTA BIASA
Mengisahkan pemuda bernama Wazir, seorang anak yang tamat tahfiz Al Quran balik ke kampung halamannya. Setelah tinggal di kampung, dia telah berjaya mengenal pasti pemuda seusianya dikenali sebagai Aiman terlibat dalam penangihan dadah. 

Ketika itu muncul keinsafan dalam dirinya dan dia nekad mahu merubah cara Aiman ke arah kebaikan walau dengan menggunakan apa cara sekalipun. Dia mahu Aiman kembali ke pangkal jalan dan mengubah nasibnya.  

Namun nasibnya kurang baik. Situasi yang tidak disangkakan langsung telah terjadi tanpa siapa pun dapat menduga. Ternyata Aiman berdendam terhadap Wazir lalu dia pula memerangkap Wazir untuk terlibat sama dengan dadah. 

Perangkapnya mengena bila akhirnya Wazir kecundang dan masuk dalam perangkapnya. Allah menguji Wazir dan keluarga terutama umminya yang mengharapkan Wazir menjadi pelindung dalam keluarga. Tetapi berlaku pula sebaliknya. 

Ummi Wazir sedih dengan situasi dan ujian yang menimpa anaknya. Dia tahu Wazir tidak bersalah dan dia telah dianiaya. Ummi Wazir cepat bertindak menghantar ke pusat pemulihan untuk memulihkan Wazir dan mengharapkannya bertaubat. 

Namun masih adakah jalan dan sinar buat Wazir?

Pelakon Bukan Cinta Biasa TV2
Pelakon telemovie Bukan Cinta Biasa