Drama Bicara Cinta Tertangguh

Bicara Cinta Tertangguh

Drama adaptasi novel Bicara Cinta Tertangguh karya Lynn Dayana bakal menyaksikan gandingan Amar Asyraf dan Nina Iskandar. Diarahkan oleh Zul Huzaimy, terbitan A.Aida Production Sdn Bhd. Akan disiarkan bermula 16 Mac 2018, setiap Jumaat jam 6 petang di Salam HD saluran 113 (UnifiTV).  

JUDUL : BICARA CINTA TERTANGGUH
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Mac 2018
WAKTU SIARAN : Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Salam HD saluran 113 (Unifi TV)
PENGARAH : Zul Huzaimy
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Amar Asyraf, Nina Iskandar, Aida Khalida, Badrul Muhayat, Nor Albaniah, Putra Amaris, Mimi Ernida, Anne Ariffin, Afzan A.Rahman, Lan Siro, Hana Nabilah

WATAK PELAKON 
Amar Asyraf sebagai Luqman
Nina Iskandar sebagai Suriya

SINOPSIS BICARA CINTA TERTANGGUH
Kisah cinta antara Suriya Hanum dan Luqman Hakim, si penjual sayur. Pertama kali Luqman menatap wajah Suriya, dia bertekad bahawa Suriya adalah 'suri' hidupnya. Susah mahu memikat hati Suri. Tapi bila cinta bersambut, ada halangan pula. Pinangannya ditolak oleh ibu bapa Suri dan memberi laluan untuk Damia mendekati Luq.