Menyusur Erti Rindu (TV9)

Menyusur Erti Rindu

Jangan lupa saksikan telefilem Menyusur Erti Rindu lakonan Izara Aishah, Daler Yusof, Duerra Mitilda, dan Habiel Lutfillah. Disiarkan hari Isnin, 4 Disember 2017, pukul 8.30 malam di TV9.

JUDUL : MENYUSUR ERTI RINDU
HARI / MASA : Isnin, 4 Disember 2017, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH :  Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler)
TERBITAN : Arie Zaharie Production Sdn Bhd
PELAKON : Izara Aishah, Daler Yusof, Duerra Mitilda, Habiel Lutfillah, Fauziah Nawi, Hilal Azman, Boo Bukhari, Elya Miera

LAGU : Warkah Untuk Ibu - Haziq Rozi

SINOPSIS MENYUSUR ERTI RINDU
Dain dan Dalila menjadi anak yatim selepas ayah mereka meninggal dalam kemalangan jalan raya. Ekoran kejadian itu, Ibu mereka Aisyah, lumpuh dan ditahan di wad psikatri kerana mengalami masalah kemurungan. Kerana terlalu merindu ibu mereka, Dalila dan Da'in melarikan diri untuk menemui Aishah. Dalila kemudiannya terlanggar sesorang iaitu Alan yang ketika itu cuba untuk membunuh diri kerana kecewa putus cinta dan menyebabkan botol racunnya tertumpah. Alan tersentak dan tersedar dengan tindakan bodohnya itu cuba untuk membantu mereka menemui ibunya.


Pelakon Menyusur Erti Rindu
Pelakon telefilem Menyusur Erti Rindu