Drama Mata Cinta

Mata Cinta

Prtal hiburan ‘Gempak’ membawakan drama mini bersiri eksklusif berjudul ‘Mata Cinta’ akan disiarkan sepenuhnya menerusi platform digital di www.matacinta.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 Oktober 2017. Drama romantik komedi sebanyak 10 episod itu diarahkan oleh sutradara muda, Shazreen Fazlynda, terbitan syarikat produksi Red Communications Sdn Bhd. Menggandingkan dua pelakon berdarah kacukan sebagai teraju utama iaitu Juliana Evans dan Julien Buteau.

JUDUL : MATA CINTA
EPISOD : 10 episod 
TARIKH /HARI : 9 Oktober, Isnin, 4.00 petang
PENGARAH : Shazreen Fazlynda
TERBITAN : Red Communications Sdn Bhd
PELAKON : Juliana Evans, Julien Buteau, Dynas Mokhtar, Sasha Saidin, Che Puan Syamim Farid, Aush Abdul Wahid, Adery Chin, Peter Shahir, Tati Ambia.

WATAK PELAKON
Juliana Evans sebagai Matahari
Julien Buteau sebagai Ariq Anaqi
Syamim Farid sebagai Ejay
Aush Abdul sebagai Maru
Dynas Mokhtar sebagai Lydia
Sasha Saidin sebagai Cahaya
Adery Chin sebagai Joe

SINOPSIS MATA CINTA
Matahari baru balik dari England untuk cuti semester dan menolong kakaknya, Cahaya menguruskan salun rambut mereka. Sewaktu membeli barang di Watsons, dia terjatuh di hadapan seorang jurujual yang kacak, Anaqi. Di situlah bermula detik pengenalan mereka. Khabar angin mula tersebar mengenai hubungan mereka berdua, dan mereka terpaksa melakukan apa yang patut bagi memulihkan keadaan sebenar. Akan tetapi, suatu kejadian telah terjadi dan membuatkan Anaqi semakin menjauh dari Matahari. Salun kakaknya juga telah mengalami krisis dan Matahari terpaksa mengharungi segala percubaan bagi memulihkan keadaan kepada sedia kala.