Drama Red Velvet - Neelofa dan Alif Satar

Red Velvet Neelofa Alif Satar
Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya Acik Lana yang akan ditayangkan menerusi slot MegaDrama di Astro Ria. Bakal menampilkan gandingan Alif Satar dan Neelofa. Turut membintangi Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nadya Syahera, Alif Hadi dan ramai lagi. Drama sebanyak 20 episod arahan Hadith Omar. Akan menemui penonton bermula 23 Oktober ini setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

JUDUL : RED VELVET 
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Oktober
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : MegaDrama (Astro Ria 104 & Ria HD 123)
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film sdn bhd
PELAKON : Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Sharifah Shahora, Alif Hadi, Hani Nazrina, Nasz Sally, Qara Lyana, Nadya Syahera, Fatin Afeefa

WATAK PELAKON 
Alif Satar sebagai Izzat
Neelofa sebagai Helena
Hafidz Roshdi sebagai Fareeq
Amira Othman sebagai Suhaila
Nina Nadira sebagai Izzati
Sharifah Shahora sebagai Faizah
Alif Hadi sebagai Daniyal
Hani Nazrina sebagai Aida
Nasz Sally sebagai Kuza
Qara Lyana sebagai Zuhira
Fatin Afeefa sebagai Sophie
Nadya Syahera sebagai Biha

LAGU TEMA / OST 
Penyanyi : Sesungguhnya Aku
Penyanyi : Alif Satar
Video : LINK

SINOPSIS RED VELVET
Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, isteri kepada Suhaila. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

GAMBAR PELAKON
Drama Red Velvet

Pelakon Red Velvet
Pelakon drama Red Velvet