Meh Sandar Lagi (TV3)

Meh Sandar Lagi

Drama bersiri Meh Sandar Lagi akan menghiasi slot Akasia di TV3. Menemukan semula gandingan Mira Filzah dan Aliff Aziz. Drama sekuel Meh Sandar Pada Aku ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah. Bakal ditayangkan sebanyak 8 episod bermula 28 Ogos ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3. 

JUDUL : MEH SANDAR LAGI
EPISOD : 8 episod
TARIKH TAYANGAN : 28 Ogos 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Marr Mohamad
PENGARAH : Kyoll Hamzah (Khairul Anwar Mat Noor)
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Aliff Aziz, Haliza Misbun, Aisyah Ilias, Asyraff Aley, Nada Syuhada, Alicia Amin, Fendi Seman, Tony Eusoff, Daler Yusuf, Azri Iskandar

WATAK PELAKON 
Mira Filzah sebagai Afnan Tasneem
Aliff Aziz sebagai Dr Syed Nadzhan
Haliza Misbun sebagai Syarifah Aleya
Aisyah Ilias sebagai Mastura
Asyraff Aley sebagai Syed Emir
Nada Syuhada sebagai Salwa
Fendi Seman sebagai Zamarul
Daler Yusuf sebagai Dr Syereff
Tony Eusoff sebagai Tengku Kamal
Azri Iskandar sebagai Azhar

LAGU TEMA / OST MEH SANDAR LAGI 
Lagu : Tak Perlu Ragu
Penyanyi : Dato Siti Nurhaliza

Lagu : Sandar Padaku
Penyanyi : Aliff Aziz & Mira Filzah

SINOPSIS MEH SANDAR LAGI
Mengisahkan Afnan Tasneem (Mira Filzah) dan Dr. Syed Nadzhan (Aliff Aziz) yang baru sahaja bergelar pasangan suami isteri. Walaupun demikian, kebahagiaan mereka hanyalah buat sementara waktu sahaja. Rumahtangga pasangan ini mula diuji apabila Nadzhan terpaksa bekerjasama dengan seorang doktor wanita yang menawan bernama Dr. Sandra (Alicia Amin) untuk sebuah penyelidikan di makmal mereka.

Sementara itu, situasi bertambah keruh apabila Tasneem menerima seutus surat daripada wanita yang paling dibenci oleh Nadzhan, iaitu ibu kandungnya (Haliza Misbun) sendiri. Setelah kian lama menghilangkan diri, ibu Nadzhan ingin bertemu semula dengan anak lelakinya itu.

Atas rasa tanggungjawab seorang isteri, Tasneem nekad untuk menyatukan kembali kedua-dua ibu dan anak yang sudah lama terpisah ini walaupun Nadzhan enggan berbuat demikian. Tasneem sedar bahawa perancangannya itu langsung tidak disukai suaminya. Oleh kerana ingin melihat Nadzhan bahagia, Tasneem terpaksa bertahan dengan keperitan dalam hatinya dan melayan karenah suaminya yang semakin tertarik dengan kehadiran Dr. Sandra itu.

Mampukah Tasneem menyelamatkan hubungan antara seorang ibu dan anaknya, serta perkahwinan mereka pada masa yang sama?

GAMBAR PELAKON

Meh Sandar Lagi

Pelakon Meh Sandar Lagi
Pelakon drama Meh Sandar Lagi