,

Wanita Luar Biasa (TV9)

June 05, 2017

Wanita Luar Biasa

Saksikan telefilem Wanita Luar Biasa yang membariskan pelakon seperti Niena Baharun, Fahrin Ahmad, Ezlynn, Reen Rahim, dan Noniswara. Telefilem arahan Idora Abdul Rahman dan skrip oleh Nieza Nahar. Bakal disiarkan menerusi slot Skrin Di 9 pada Isnin ini pukul 8.30 malam di TV9.

JUDUL : WANITA LUAR BIASA 
TARIKH / MASA : Isnin, 5 Jun 2017, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Niena Baharun, Fahrin Ahmad, Ezlynn, Reen Rahim, Noniswara, Putra Amaris, Faiz Haq, Rohaya Maya

SINOPSIS WANITA LUAR BIASA 
Kisah Nuraisya dan Aidan berkahwin pada usia yang muda. Keluarga Aidan memang tidak menyukai Nurasiya malah menganggap Nuraisya yang menggoda Aidan. Nuraisya seorang yang berdikari dan bekerja di butik milik Datin Khadijah. Selepas tamat pengajian, Aidan telah berjaya mendapat pekerjaan yang gajinya lumayan. Perkara ini membuatkan keluarga Aidan lebih membenci.

Keluarga Aidan memang tidak menyukai Nurasiya dan kerana itu, pelbagai konflik berlaku yang akhirnya membawa penceraian buat Nuraisya dan Aidan. Walaubagaimanapun, Aidan mahu rujuk kembali, namun Nuraisya telah pun berlepas ke Timur Tengah untuk bekerja. Adakah Aidan mengikuti dia ke sana?

Wanita Luar Biasa TV9
Pelakon telemovie Wanita Luar Biasa

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow