Nafas Yang Tertinggal (TV1)

Nafas Yang Tertinggal

Saksikan lakonan Fauzi Nawawi, Lisdawati, Adik Redzwan Adha, dan Hilal Azman dalam telefilem Nafas Yang Tertinggal pada hari Sabtu ini, pukul 10.05 malam di TV1. Bagi yang tidak berkesempatan berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : NAFAS YANG TERTINGGAL 
TARIKH / MASA : Sabtu, 17 Jun 2017, 10.05 malam
SIARAN : TV1 (Slot Panggung Seri) | RTM
PELAKON : Fauzi Nawawi, Lisdawati, Adik Redzwan Adha, Hilal Azman, Sheila Mambo, Yuhaizah Lee

SINOPSIS NAFAS YANG TERTINGGAL 
Mengisahkan tentang pengorbanan seorang ayah dalam membesarkan anak yang ditinggalkan oleh ibunya

Karim yang tinggal bersama anak tunggalnya iaitu Hafiz. Hafiz yang berkerusi roda akibat lumpuh separuh badan. Episod luka dalam hidup mereka bermula setelah Karim ditinggalkan isterinya ketika Hafiz masih kecil.

Sejak itu Karim melakukan pelbagai kerja dan terpaksa mengikat perut untuk mengumpul wang bagi mengubati Hafiz. Karim yakin Hafiz akan kembali sembuh walaupun doktor mengesahkan yang tiada harapan untuk pulih.

Sementara itu muncul Arissa yang berstatus janda merupakan rakan lama Karim melawat mereka sekeluarga. Arissa datang mengunjungi mereka dengan membawa bersama anaknya, Amni.

Dalam satu insiden, Hafiz jatuh dari kerusi roda dan Karim menjadi panik. Arissa yang hairan dan pelik dengan perubahan sikap Karim akhirnya mendapati yang Hafiz sebenarnya sudah meninggal dunia dalam insiden tersebut dua minggu lepas.

Karim tidak dapat menerima takdir tersebut. Dia sebaliknya sering membayangkan Hafiz masih hidup dan penyakit lumpuhnya telah sembuh menjadi manusia normal. Karim seolah-olah hidup dalam imaginasinya sendiri tinggal bersama anaknya yang telah meninggal dunia.

Arissa kasihan dengan nasib yang menimpa Karim dan anaknya. Dia cuba meyakinkan Karim bahawa Hafiz sudah tiada. Namun berjayakan usahanya memujuk Karim?

pelakon Nafas Yang Tertinggal
gambar pelakon