Drama Tauke Jamu (TV3)


Nantikan drama terbaru lakonan Saharul Ridzwan bertajuk Tauke Jamu yang bakal ditayangkan di TV3 pada bulan Ramadan. Turut membintangi drama tersebut antaranya Reen Rahim, Faye Kusairi dan Dian P Ramlee. Drama Tauke Jamu diarahkan oleh Nazir Jamaluddin.  Akan mengisi slot Iris TV3 mulai 7 Ogos ini, setiap Selasa higgga Khamis, pukul 6.30 petang.

JUDUL : TAUKE JAMU 
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 7 Ogos 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
SKRIP : Azlina Din
IDEA ASAL : A Aida
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Reen Rahim, Faye Kusairi, Dian P Ramlee, Zizan Nin, Sabhi Saddi, Rosnah Johari, Hafiz Nolan, Nazirul Mobin, Ammai, Ikhwan Zahid, Fana, Jaafar 

WATAK PELAKON 
Saharul Ridzwan sebagai Dazril
Reen Rahim sebagai Gia Avira
Faye Kusairi sebagai Iman
Zizan Nin sebagai Ikram
Sabhi Saddi sebagai Arman
Dian P Ramlee sebagai Dr Suraya
Rosnah Johari sebagai Opah 

LAGU TEMA TAUKE JAMU 
Tajuk : Happy Happy Jer
Penyanyi : Tia Jinbara

SINOPSIS TAUKE JAMU 
Cinta Dazril dan Gia terhalang kerana ibu Gia, Dr Suraya. Dr Suraya fikir Dazril tidak layak untuk anaknya kerana pekerjaan lelaki itu hanyalah menjual jamu tradisional. Dazril rasa tercabar dengan kata-kata Dr Suraya dan menjadikan tohmahan itu satu motivasi untuk dia bekerja lebih keras. Dazril mahu membuktikan kepada Dr Suraya bahawa dia layak untuk memiliki hati Gia.

Apabila mendapat tahu jawapan Dr Suraya, Dazril Si Tauke Jamu rasa sungguh sedih dan mengadu pada opah. Dazril kehairanan apabila opah hanya tersenyum. Rupa-rupanya opah mahu berkahwin lagi. Dazril terkejut apabila Opah memberitahu bahawa bakal atuknya itu masih muda, dan hanya berumur awal 40-an dan Opah kelihatan amat gembira. Ketika Dazril berada di kedai kopi, dia terdengar beberapa orang yang sedang mengumpat tentang Opah. Dazril tidak puas hati dengan kata-kata mereka itu.

Opah akhirnya berkahwin dengan Akram di sebuah majlis yang kecil sahaja. Jurugambar pengantin bernama Iman Mutiara telah banyak membantu Dazril untuk menjayakan majlis pengahwinan ini.Dazril yang gembira melihat Opah bahagia terlupa tentang kehadiran Gia di majlis tersebut. Gia pula cemburu melihat kemesraan antara Dazril dan Iman.

Tauke Jamu TV3