Miss Kapten Cikgu Waiz (TV3)

Miss Kapten Cikgu Waiz

Drama terbaharu berjudul Miss Kapten Cikgu Waiz bakal mengisi slot Lestary TV3. Drama sebanyak 13 episod terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini diterajui oleh Erwin Dawson dan Neera Azizi sebagai pelakon utama. Akan besiaran bermula 21 Julai nanti, setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9 malam di TV3. 

JUDUL : MISS KAPTEN CIKGU WAIZ
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 21 Julai 2017
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
SKRIP : Mufid Suhaimi & Nextscene Team
PENGARAH : Yeop Hitler
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Erwin Dawson, Neera Azizi, Amir Nafis, Daniella Sya, Afieq Shazwan, Fadil Dhani, Liza Abdullah, Nina Fazurina, Bella Dowanna, Zera Hariz, Zalfa Zin, Sazrin Aizul, Sharisa Haris

WATAK PELAKON
Erwin Dawson sebagai Waiz
Neera Azizi sebagai Khalisha
Amir Nafis sebagai Sufian
Daniella Sya sebagai Melisa
Lizza Abdullah sebagai Mak Eton
Fadil Dhani sebagai Pak Megat
Nina Fazurina sebagai Sofea Gebu
Afieq Shazwan sebagai Kamarul
Bella Dowanna sebagai Wahida
Sazrin Aizul sebagai Kapten Ghaz
Zalfa Zin sebagai Melati
Zera Hariz sebagai Elana

LAGU TEMA / OST MISS KAPTEN CIKGU WAIZ
Senyuman Manismu - Tomok

SINOPSIS MISS KAPTEN CIKGU WAIZ
Mengisahkan seorang juruterbang, Khalisha (Neera Azizi) yang tidak berkenan untuk bercinta kerana trauma dengan tindakan ayahnya, Pak Megat yang telah berkahwin baharu dengan seorang wanita yang bernama Sofea Gebu. Khalisha telah dikurniakan dengan paras rupa yang sangat cantik dan bakat memandu kapal terbang secara semula jadi, menjadi kegilaan ramai juru terbang di lapangan terbang tempat Khalisha berkerja. Namun, Khalisha tidak pernah memberi perhatian kepada mereka kerana tidak percaya pada cinta.

Khalisha juga membantu ibunya, Mak Eton untuk menyara adiknya, Kamarul yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Rezeki sentiasa memihak kepada keluarga Khalisha kerana Kamarul juga mewarisi kepintaran kakaknya dimana Kamarul merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya. Walau bagaimanapun, Kamarul sentiasa tidur di sekolah kerana tertekan dengan keadaan ibunya yang sering bersedih ditinggalkan Pak Megat.

Di sekolah Kamarul, Cikgu Waiz (Erwin Dawson) seorang guru yang tampan dan berwawasan sering menjadi kegilaan guru-guru wanita di sekolah itu. Cikgu Waiz merupakan guru dan abang kepada rakan karib Kamarul, Wahida. Takdir menemukan Cikgu Waiz dengan Khalisha ketika Cikgu Waiz baru pulang daripada berkursus di mana mereka bertembung di lapangan terbang dan secara tidak sengaja, Cikgu Waiz menumpahkan secawan kopi di baju uniform Khalisha. Perkenalan mereka dilanjutkan di sekolah setelah Wahida mengetahui Khalisha adalah kakak kepada rakan karibnya, Kamarul, lalu Wahida ingin menjodohkan Cikgu Waiz dengan Khalisha.

Namun, kerana paras rupa Khalisha dan Waiz yang begitu menawan, mereka sudahpun mempunyai peminat mereka yang tersendiri dan tidak akan berhenti sehingga Khalisha dan Waiz menjadi milik mereka. Di lapangan terbang, Khalisha sentiasa diperhatikan oleh Kapten Ghaz, manakala di sekolah, Cikgu Waiz sedang digila-gilakan oleh Melati. Selain itu, hati Cikgu Waiz juga sering diburu oleh rakan seperjuangannya ketika di universiti, Julia.

Dapatkah Khalisha bersatu jodoh dengan Cikgu Waiz? Dapatkah keluarga Khalisha mencapai keharmonian mereka semula?

GAMBAR PELAKON
Miss Kapten Cikgu Waiz

Pelakon Miss Kapten Cikgu Waiz
Pelakon drama Miss Kapten Cikgu Waiz