,

Gaduh-Gaduh Sayang (TV2)

January 18, 2017

Gaduh-Gaduh Sayang

Drama adaptasi novel Gaduh-Gaduh Sayang karya Immaz Huda bakal menyaksikan gandingan Shukri Yahaya dan Nur Risteena sebagai teraju utama. Drama ini diarahkan oleh arahan Feroz Kader terbitan Medyavizyon Sdn Bhd. Nantikan tayangannya di TV2. 

JUDUL : GADUH-GADUH SAYANG
TARIKH / MASA : 2017
SIARAN : TV2 (RTM)
PENULIS NOVEL : Immaz Huda
PENGARAH : Feroz Kader
TERBITAN : Medyavizyon Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nur Risteena, Shima Anuar, Fazlina Ahmad Daud, Kenji Sawahi, Riz Amin, A. Manan Sulaiman 

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Rafiqi
Nur Risteena sebagai Syazana
Shima Anuar sebagai Qistina

SINOPSIS GADUH-GADUH SAYANG
Mengisahkan Lady Lee Syazana, seorang gadis gemuk yang bertungkus lumus menguruskan badannya demi cintanya pada Aiman. Namun si Aiman mula berubah apabila dirinya kurus dan diputuskan hubungan mereka. 

Dalam masa yang sama, ibu-bapanya mahu menjodohkan dirinya dengan Rafiqi Rayyan, anak kenalan papanya demi menyelamatkan syarikat Datuk Sabri yang hampir muflis. Rafiqi dan Syazana menyamar untuk mengelak dari dijodohkan. Namun takdir masih menemukan mereka berdua.

Selepas kahwin, Rafiqi tinggal di sebelah rumah Syazana. Ketika bosan, Syazana selalu ke rumah Rafiqi dan mereka mula rapat. 

Tapi sejauh mana hubungan mereka akan bertahan? Apatah lagi dengan kemunculan semula Aiman dan Qistina?

GAMBAR PELAKON
Pelakon Gaduh Gaduh Sayang
barisan pelakon

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow