, ,

Drama Sumpah Ibu (TV9)

January 08, 2017

Sumpah Ibu

Drama bersiri Sumpah Ibu akan mengisi slot Azalea TV9. Sebuah drama terbitan A.Aida Production hasil arahan Rusdi Ramli. Membariskan pelakon seperti Adiba Yunus, Nafiez Zaidi, Faiz Tapaw, dan Rashidah Jaffar. Drama Sumpah Ibu bersiaran mulai 8 Januari 2017, setiap hari Selasa hingga Ahad pukul 8.30 malam di TV9. Ulangan di TV3 sejurus tamatnya tayangan di TV9. Drama ini boleh juga menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

JUDUL : SUMPAH IBU
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 8 Januari 2017
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Azalea TV9 & TV3
PENGARAH : Rusdi Ramli
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Adiba Yunus, Nafiez Zaidi, Faiz Tapaw, Rashidah Jaffar, Eyka Darhana, Chomat Samad, Erry Putra, Ramli Salleh, Fazli Zainal, Natasya Mahyan, Julia Farhana Marin, Fad Anuar, Comel Fana

WATAK PELAKON
Adiba Yunus sebagai Intan
Nafiez Zaidi sebagai Farhan
Faiz Tapaw sebagai Fauzi
Rashidah Jaffar sebagai Kasmah
Ramli Salleh sebagai Mansur
Chomat Samad sebagai Haris
Erry Putra sebagai Nasir 

SINOPSIS SUMPAH IBU
Mengisahkan Intan (Adiba Yunus) seorang gadis bijak tekad untuk belajar bersungguh-sungguh kerana dia mahu keluar dari kemiskinan keluarganya. Dia merasa terbeban untuk memikul tangggungjawab ibunya, Kasmah (Rashidah Jaafar) setelah ayahnya, Mansur (Ramli Saleh), lumpuh. Intan mempunyai seorang abang, Fauzi (Faiz Tapaw) yang cacat dan juga seorang adik iaitu Farhan (Nafiez Zaidi). Intan juga mempunyai seorang kekasih, bernama Haris (Chomatt Samad). Haris seorang pemuda yang baik hati, dia sentiasa memberikan dorongan dan tidak lokek untuk membantu keluarga Intan.

Kasmah sangat menyayangi Intan walaupun Intan sering memarahinya kerana Intan merasa terbeban dengan pelbagai masalah keluarga mereka. Walaupun begitu, demi masa depan Intan, Kasmah sanggup berkorban dengan menjual semua barang kemasnya bagi membolehkan Intan melanjutkan pelajarannya dan mendapat pekerjaan yang baik untuk membantu keluarga. Namun, Intan mula lupa diri dan pada sumpahnya untuk membantu keluarga apabila dia sudah berjaya.

Lebih ironi, Intan langsung tidak peduli apabila projek pembinaan yang bakal diuruskan oleh syarikat Nasir (Erry Putra), kekasih barunya itu akan memusnahkan penduduk kampung tempat dia membesar termasuk keluarganya sendiri. Bagai tiada perasaan, sudahlah tidak mengaku asal usulnya, Intan mencadangkan supaya Nasir memberi wang pampasan untuk menghalau mereka daripada kawasan tersebut.

Kerana ingin hidup senang dan mewah membuatkan Intan lupa segala pengorbanan dan kasih sayang ibunya. Intan curang pada kesetiaan Haris yang sentiasa berada disisi sewaktu dia susah dahulu. Intan juga kejam kerana tidak langsung pulang melawat Mansur yang sakit, sehinggalah Mansur meninggal dunia. Intan juga berpura-pura tidak mengenali Farhan malah hanya membiarkan adiknya itu dipukul ketika Farhan ingin memujuknya untuk pulang ke rumah mereka. Kamsah menjadi murung dan sentiasa dalam kesedihan mengenangkan Intan yang sudah lupa akan janji-janjinya dahulu.

Adakah selamanya Intan dapat hidup tenang dengan melupakan sumpah yang dilafazkan dahulu? Dapatkan Kasmah memaafkan Intan?

GAMBAR PELAKON
Sumpah Ibu
Pelakon drama Sumpah Ibu

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow