Drama Sein dan Luna (TV3)

Sein Dan Luna

Drama bersiri terbaru berjudul Sein & Luna bakal ditayangkan di slot Lestary TV3. Drama arahan Pali Yahya itu menampilkan barisan pelakon baru dan kian meningkat naik seperti Mimi Lana, Syazuwan Hassan, Ika Nabella, Ariz Lufias dan ramai lagi. Drama Sein dan Luna akan ditayangkan mulai 9 Disember 2016, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : SEIN DAN LUNA
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Disember 2016
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Mimi Lana, Syazuwan Hassan, Ika Nabella, Ariz Lufias, Shiqin Kamal, Rosnah Johari, Azri Iskandar, Ungku Ismail Aziz, Meor Mohd, Kay Maria, Azzam Zamani, Putri Qaseh

WATAK PELAKON
Mimi Lana sebagai Luna / Siti Aminah
Syazuwan Hassan sebagai Sein (Hussein)
Ika Nabella sebagai Wardah
Ariz Lufias sebagai Aziz
Ungku Ismail Aziz sebagai Huzair
Shiqin Kamal sebagai Siti Maziah
Rosnah Johari sebagai Suraya
Azri Iskandar sebagai Dato Kamal
Meor Mohd sebagai Nazman
Kay Maria sebagai Azizah
Nu'man Salleh sebagai Pak Murab
Abby Nour sebagai Celina
Atiq Lokman sebagai Nominasi
Remy sebagai Wahab
Putri Qaseh sebagai Masura

LAGU TEMA / OST 
Tajuk Lagu : Pulang
Penyanyi : Yuna feat Sonaone

SINOPSIS SEIN DAN LUNA
Mengisahkan Sein dan Luna berkawan baik sejak zaman kolej. Dalam diam, mereka menyintai antara satu sama lain tetapi tidak berani untuk mengaku perasaan mereka. Sehingga satu hari, Sein memberitahu Luna bahawa dia akan berkahwin dengan Wardah. Luna kecewa dan mengambil keputusan untuk belajar di luar negara.

Cerita bermula dengan kemunculan Sein yang sombong dan tidak bergaul membuatkan pelajar lain termasuklah Luna bengang. Luna selalu mengganggu dan menguji kesabaran Sein. Sein menjadi tidak keruan apabila mendapati kekasihnya di bandar berselingkuh. Pelajaran Seyn merosot. Oleh sebab itu, dia menjadi pemarah. Sein hampir dipukul oleh pelajar senior membuatkan dia melarikan diri dan berteduh di rumah Suraya

Suraya merupakan ibu kepada Luna yang bekerja sebagai penjual kuih di pasar borong. Sein menjadi rapat dengan Suraya kerana dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu sedari kecil. Suraya menganggap Suraya seperti anak angkat membuatkan Luna bengang. Luna banyak menceritakan perihal Sein kepada Aziz, teman sekampungnya. Sikap Luna yang suka mengganggu pelajar membuatkan Sein campur tangan.

GAMBAR PELAKON
Sein dan Luna
Pelakon Sein dan Luna
Pelakon drama Sein dan Luna
Pelakon drama Sein dan Luna
barisan pelakon