Bedah Motor (TV9)

Bedah Motor

Jangan lupa untuk saksikan telefilem komedi 'Bedah Motor' arahan Shuhaimi Lua. Dilakonkan oleh Nonny Nadirah, Niezam Zaidi, Lia Natalia dan Ruhainies. Penampilan istimewa Sharifah Shahora dan Rosnah Mat Aris. Bedah Motor akan ditayangkan di slot Skrin d9 (TV9), Isnin ini, pukul 8.30 malam.

JUDUL : BEDAH MOTOR (CIK BELAH BEDAH)
TARIKH / MASA : Isnin, 31 Oktober 2016, 8.30 malam
SIARAN : Slot Skrin di 9 (TV9)
SKRIP : Wahid Nasir
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Nonny Nadirah, Niezam Zaidi, Ruhainies, Lia Natalia, Neera Azizi, Hanif Safuan, Rosnah Mat Aris, Sharifah Shahora

SINOPSIS BEDAH MOTOR 
Mengisahkan seorang graduan pusat pengajian tinggi yang ingin memulakan hidup di ibu kota dengan menjalankan perniagaan penghantaran makanan menggunakan motosikal. Zubaidah atau lebih mesra disapa sebagai Bedah, mendapat jolokan Cik Celah Bedah kerana kepakarannya menunggang basikal dan motosikal di celah-celah kesibukan jalanraya kerana menghantar pesanan makanan yang dipesan melalui pengiklanan pejabat ke pejabat berhampiran. Perniagaan Bedah menerima sambutan yang memberangsangkan. Ketika Bedah dalam perjalanan menghantar makanan ke pelanggannya, dia dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu, Amir. Bedah yang berperwatakan tomboi bergaduh dengan Amir menyebabkan kesesakan jalan raya. Bedah mahu Amir membayar ganti rugi motosikal dan makanan yang rosak. Daripada nak marah, timbul perasaan kasihan Amir terhadap Bedah. Dalam proses Amir mahu membayar ganti rugi Bedah, lelaki itu mula menyukainya. Bagaimanapun, Amir hampir bertunang dengan Azura. Apa akan yang berlaku?

Pelakon Bedah Motor
Pelakon telemovie Bedah Motor