Sinopsis Aliff Dalam 7 Dimensi

Aliff Dalam 7 Dimensi

Filem terbitan Astro Shaw, Aliff Dalam 7 Dimensi bakal menghantui pawagam seluruh Malaysia bermula 8 September ini. Filem arahan Faisal Ishak itu dilakonkan oleh seperti Izzue Islam, Juliana Evans, Aliff Satar, Kaka Azraff, Izzue Islam, Hasnol Rahmat dan ramai lagi. Filem genre aksi seram mistik dikatakan menggunakan sebanyak 30 peratus kesan khas visual (CGI) dalam menghidupkan lagi adegan pertarungan yang membabitkan imej-imej seperti entiti saka.

TAJUK : ALIFF DALAM 7 DIMENSI
KLASIFIKASI : 13
TARIKH TAYANGAN : 8 September 2016
GENRE : Aksi / Seram / Mistik
SKRIP : Anwari Ashraf / Ashraf Zain
PENGARAH : Faisal Ishak
TERBITAN : Astro Shaw Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Julianna Evans, Alif Satar, Kaka Azraff, Man Kadir, Hasnul Rahmat, Aleza Shadan, 

SINOPSIS ALIFF DALAM 7 DIMENSI
Mengisahkan tentang Aliff Lamin seorang pelajar universiti yang mewarisi saka peliharaan keluarganya. Aliff memiliki kelebihan luar biasa dalam melihat dan mendengar entiti paranormal dari demensi lain. Aliff cuba menyembunyikan kelebihannya itu dari pihak lain, namun kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya. Mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti. Suatu hari, dia bertemu Zul yang mempunyai keupayaan yang sama sepertinya, tetapi tidak seperti Aliff, Zul menggunakan saka tersebut untuk mengalahkan makhluk-makhluk ghaib untuk mendapat lebih kuat. Aliff bimbang tindakan Zul menyebabkan semangat makhluk ghaib menjadi lebih agresif, lalu dia memutuskan untuk menghentikan perbuatan Zul itu. Malangnya Aliff kalah dan kehilangan sakanya. Tanpa saka, mampukah Aliff menghalang Zul yang semakin dahagakan kuasa?

VIDEO TRAILER 


LAGU TEMA / OST ALIFF DALAM 7 DIMENSI
Lagu : Hilang
Artis: Modescape