,

Drama Sweetie Nanie (TV3)

10:40:00

Sweetie Nanie

Craetive Skill Solution akan membawakan drama terbaru untuk slot Lestary TV3 berjudul Sweetie Nanie. Di bawah arahan Pali Yahya, drama bersiri 13 episod itu dibarisi pelakon-pelakon meningkat naik seperti Nadia Brian, Aidit Noh, Nazeera Sardi, Syafnida Shuhaimi, Duerra Mitilda, dan ramai lagi. Saksikan drama Sweetie Nanie setiap Rabu hingga Jumaat bermula 29 September 2016 pada jam 9 malam dalam Slot Lestary. 

JUDUL : SWEETIE NANIE
EPISOD : 13 Episod
TARIKH TAYANGAN : 29 September 2016
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
IDEA ASAL : Nieza Nahar
SKRIP : Nieza Nahar & Zuraidah Kassim
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Nadia Brian, Aidit Noh, Duerra Mitilda, Syafnida Shuhaimi, Nazeera Sardi, Julia farhana, Faiz Hak, Feiyna Tajudin, Indah Emeerlda, Ilya Buang, Rohaya Samat, Nafiz Muaz, Fana Azizan, Afzan A.Rahman, Rahim Omar, Nu'man, Ikhwan Ibrahim, Syawal Osman, Ieka Zulkifli 

WATAK PELAKON
Aidit Noh sebagai Zafri Khalis
Nadia Brian sebagai Nanie Nadira
Nazeera Sardi sebagai Kak Ja
Syafnida Shuhaimi sebagai Fida
Julia Farhana sebagai Baizura
Faiz Hak sebagai Shah
Ilya Buang sebagai Nazeem
Rohaya Samat sebagai Mariam
Rahim Omar sebagai Datuk Zafri
Afzan A.Rahman sebagai Dr Zahari
Feiyna Tajudin sebagai Puan Mila
Nu'man sebagai Tuan Imran
Nafiz Muaz sebagai Radhi
Ikhwan Ibrahim sebagai Joey
Syawal Osman sebagai Farell
Fana Azizan sebagai Syada
Ieka Zulkifli sebagai Bira
Duerra Mitilda sebagai Manis
Indah Emeerlda sebagai Tara

LAGU TEMA / OST SWEETIE NANIE
Tajuk : Hello Dunia
Penyanyi : Natasha Sass

Tajuk : Selalu Denganmu
Penyanyi : Cherpen Band

Video & Lirik : Link

SINOPSIS SWEETIE NANNIE
Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nanie Nadira, 23 (Nadia Brian) pernah melahirkan seorang anak luar nikah setelah dirogol ketika berusia 16 tahun. Oleh kerana Nanie Nadira masih bersekolah dan tidak berpendapatan, Nanie Nadira menyerahkan anaknya itu kepada kakaknya, Nora. Namun, apabila bayi itu telah diculik di sebuah klinik, Nora pula meninggal tidak lama kemudian kerana kemurungan. Peristiwa tragis ini sekali lagi menghimpit kehidupan Nanie Nadira kerana Nora telah mengamanahkan Nanie Nadira untuk mencari anaknya kembali dan menjalani tanggungjawabnya sebagai ibu kandung bayi itu.

Selain dugaan yang sudah membebani benak fikiran Nanie Nadira itu, Nanie Nadira juga sedang bergelut dengan masalah kewangan setelah kematian kakaknya. Hal ini kerana, Nanie Nadira masih menuntut pelajaran di sebuah kolej tempatan dalam jurusan Juruukur Bahan. Tambahan pula, selama ini Nanie Nadira tinggal bersama kakaknya dan yuran pengajiannya juga ditanggung sepenuhnya oleh Nora.

Dalam kerunsingan Nanie Nadira untuk melangsaikan sewa rumahnya yang sudah sekian lama tertunggak, Nanie Nadira bertemu dengan Zafri (Aidit Noh) di sebuah kafe secara tidak sengaja. Ketika itu, Zafri sedang melarikan diri daripada orang suruhan sepupunya, Baizura (Julia Farhana). Zafri merupakan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju yang sentiasa dikongkong oleh sepupunya merangkap penasihatnya, Baizura kerana Zafri masih terlalu muda untuk mengendalikan syarikat keluarganya itu.

Setelah Nanie Nadira dan Zafri bertemu, mereka menjadi semakin rapat, dan ini membuatkan Baizura rasa tidak senang hati. Kerana terlalu mengikut hatinya yang busuk, Baizura bertekad untuk memisahkan Zafri daripada Nanie Nadira dengan menyelidik sejarah hitam Nanie Nadira. Dugaan demi dugaan dihadapi Nanie Nadira, sejarah Nanie Nadira yang pernah melahirkan anak luar nikah itu akhirnya diketahui Zafri dan kebahagiaan sementara Nanie Nadira musnah.

Dapatkah Nanie Nadira bertemu dengan anaknya kembali? Adakah Zafri akan menjauhkan diri daripada Nanie Nadira selamanya?

GAMBAR PELAKON
Sweetie Nannie

Sweetie Nannie TV3
watak utama
Pelakon Sweetie Nannie
Pelakon drama Sweetie Nannie

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow