,

Drama Patahnya Sebelah Sayap (TV3)

21:00:00

Patahnya Sebelah Sayap

Nantikan kemunculan drama terbaru berjudul 'Patahnya Sebelah Sayap' yang bakal menghiasi slot samarinda TV3. Menampilkan gandingan tiga pelakon popular Aeril Zafrel, Ummi Nazeera, dan Izzue Islam. Drama bersiri 15 episod, terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd di bawah arahan saudara Ayie Mustafa. Saksikan drama Patahnya Sebelah Sayap setiap Isnin hingga Rabu bermula 20 September 2016 pada jam 10 malam di TV3.

JUDUL : PATAHNYA SEBELAH SAYAP
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 September 2016
HARI / MASA : Isnin-Rabu / 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Mia Marziah Manaf
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Normah Damansuri, Neera Azizi, Muhamad Faiz, Wan Nor Azlin, Azhar Amir, Siti Mili, Arash Mohd, Faiz Hak, Zainab Othman, Syamiera Farha, Helvera Susanti, Norzila Abu Samad, Iskandar Zulkarnaian, Nur Amisah Abdullah, Mohd Syuk, Aman Shah

WATAK PELAKON
Ummi Nazeera sebagai Alisha
Aeril Zafrel sebagai Kuzairi
Izzue Islam sebagai Amzar
Wawa Zainal sebagai Tania
Normah Damansuri sebagai Salbiah
Putra Amaris sebagai Rizal
Syainie Shuhaimi sebagai Leen
Zainab Othman sebagai Halimah
Azhar Amir sebagai Datuk Farid
Norzila Abu Samad sebagai Datin Sofea
Iskandar Zulkarnaian sebagai Edmund
Neera Azizi sebagai Mira
Nur Amisah Abdullah sebagai Midah
Mohd Syuk sebagai Ramli
Helvera Susanti sebagai Seri
Syamiera Farha sebagai Siti
Siti Mili sebagai Habibah
Aman Shah sebagai Dr Taslim
Wan Nor Azlin sebagai Dr Zaleha

LAGU TEMA / OST PATAHNYA SEBELAH SAYAP
Tajuk : Hancur Aku
Artis : Estranged feat Fazura
Video & Lirik : Link

SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP
Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?

GAMBAR PELAKON
Patahnya Sebelah Sayap

Patahnya Sebelah Sayap TV3
Khuzairi dan Alisha
Pelakon Patahnya Sebelah Sayap
Pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap

You Might Also Like

8 comments

  1. Best Nye crita ni. Mcm crita Korea plk. Sama tp x sma. Secret love ehe

    ReplyDelete
  2. betul mcm cerita korea secret love..

    ReplyDelete
  3. I'm a secret love fan, this drama patah sebelah sayap really lifted the storyline of the k-drama secret love, the only difference is this drama is in malaysian context the others are more or less the same. As a k-drama fan I feel dissatisfied, can malay drama be more authentic..

    ReplyDelete
  4. it really has the same plot as secret love k-drama.

    ReplyDelete
  5. lama tak tengok Ummi Nazeera berlakon. last nur kasih.

    ReplyDelete
  6. doesnt matter have common both ...i'm enjoy watching and keep move on...

    ReplyDelete
  7. seronok ke cerita ni? teringin nk tengok tapi takde masa.

    ReplyDelete
  8. Seronok cerita ni sbb tiada adegan pegang2...
    Kecuali pegang2 antara pasangan suami isteri halal tu.....

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow