Anak Ibu Buangan Ibu (Cerekarama TV3)

Anak Ibu Buangan Ibu

Saksikan telefilem terbaru arahan Ellie Suriaty Omar berjudul Anak Ibu Buangan Ibu. Dibintangi oleh Janna Nick, Johan A'sari, Azry Iskandar dan Aida Aris. Bersiaran pada hari Sabtu ini, 5 Mac jam 9.00 malam menerusi slot Cerekarama TV3.

JUDUL : ANAK IBU BUANGAN IBU
TARIKH / MASA : Sabtu, 5 Mac 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Ellie Suriaty Omar
TERBITAN : Art Ornament Sdn Bhd
PELAKON : Johan A'sari, Janna Nick, Aida Aris, Azri Iskandar, Lydiawati       

LAGU TEMA / OST
Akim - Hatimu Milikku
Janna Nick - Jeritan Batin Ku

SINOPSIS ANAK IBU BUANGAN IBU
Hanim dan Roslan mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Putri Aisyah apabila perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak. Kasih sayang yang diberikan kepada Putri bagai menatang minyak yang penuh. Semuanya tampak indah sehinggalah sikap Putri mula berubah apabila menginjak remaja. Putri berlakon baik di depan Roslan setiap kali Roslan pulang ke rumah. Putri yang masih belum menamatkan pangajian tiba-tiba mendesak ibu bapanya untuk berkahwin dengan Shah. Belum pun reda kesedihan Hanim, dia diuji apabila Putri mahu berpindah keluar dan seolah-olah menyisihkan Hanim dan Roslan dalam hidupnya. Puteri terkejut apabila mendapati yang selama ini suaminya ialah pengedar dadah. Dia mula mencari Hanim semula untuk menumpang kasih tetapi mereka telah berpindah. Putri bertambah sedih apabila baru mendapat tahu bahawa dia sebenarnya hanyalah seorang anak angkat.

Anak Ibu Buangan Ibu TV3
Janna Nick melakonkan watak Putri Aisyah