,

Drama Bodyguard (TV3)

20:00:00

Drama Bodyguard TV3

A.Aida Production akan membawakan drama aksi terbaru bertajuk 'Bodyguard'. Drama garapan Nuad Haji Othman ini diterajui oleh Fattah Amin, Azrel Ismail, Idris Khan, Lan Siro dan Sabhi Saddi. Kisah mengenai tugas pengawal peribadi menjaga pelanggan mereka yang terdiri daripada golongan kenamaan. Akan mula ditayangkan bermula 2 Mac ini menerusi slot Aksi TV3 pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam.

JUDUL : BODYGUARD
EPISOD : 20 episod
TARIKH / MASA : 2 Mac 2016 (Isnin-Rabu, 10.00 malam)
SIARAN : Aksi TV3
PENGARAH : Nuad Haji Othman
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Azrel Ismail, Lan Siro, Idris Khan, Sabhi Saddi, Faradhiya, Elya Miera, Datuk Hattan, Adiba Yunus, Erry Putra, Nafiez Zaidi, Wan Sharmila, Atiqa Farhana, Fauziah Nawi, Riz Amin, Ammar Alfian, Hafizul Kamal

WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Fariz
Azrel Ismail sebagai Rayyan
Lan Siro sebagai Rahul
Idris Khan sebagai Daniel
Sabhi Saddi sebagai Basri
Faradhiya sebagai Natasha
Elya Miera sebagai Erra
Adiba Yunus sebagai Alissa
Erry Putra sebagai Taufik
Nafiez Zaidi sebagai Adam
Atiqa Farhana sebagai Yasmin

SINOPSIS BODYGUARD TV3
Mengisahkan lima orang jejaka Fariz (Fattah Amin), Rayyan (Azrel Ismail), Daniel (Idris Khan) Rahul (Lan Siro) dan Basri (Sabhi Saddi) yang bekerja di bawah agensi pengawal peribadi milik Natasha (Farahdhiya). Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh mereka sewaktu menjadi bodyguard.

Setiap seorang daripada mereka mempunyai kemahiran yang berbeza-beza. Faris ialah seorang pakar penembak. Azrel Ismail sebagai pakar taktik peperangan. Rahul dan Basri pula pakar dalam kombat dan medik. Manakala Daniel pakar perunding dan dalam bidang teknologi.

Namun dalam melaksanakan tugas dan misi yang berisiko, lima orang pengawal ini bukan sahaja bakal bergelut dengan risiko profesion mereka tetapi juga konflik kehidupan peribadi mereka tersendiri. Malah soal cinta juga turut menjadi sebahagian daripada kisah ini apabila Natasha terperangkap dengan cinta segitiga bersama Fariz dan Rayyan.

Fariz menjalin hubungan cinta dengan majikan mereka tanpa pengetahuan rakan lain. Dalam diam, Rayyan turut menyukai Natasha. Rayyan meminta bantuan Fariz untuk menambat hati majikannya itu dan bermulalah konflik antara mereka. Pun begitu, tugas sebagai pengawal keselamatan tetap berjalan seperti biasa apabila agensi itu menerima banyak permintaan pelanggan.

Setiap pelanggan datang dengan pelbagai masalah. Ia menjadikan tugas mereka lebih mencabar dari semasa ke semasa. Dalam satu kejadian, Rahul meninggal dunia akibat terkena tembakan. Tempatnya digantikan dengan Basri (Sabhi Saddi).

Apakah risiko yang bakal mereka hadapi? Bagaimanakah lima jejaka ini bakal menyempurnakan tugas mereka?

GAMBAR PELAKON

Pelakon Bodyguard TV3
Bodyguard - Fariz, Rahul, Daniel, Rayyan
Bodyguard 2016
Pengawal peribadi
Bodyguard Aksi TV3
drama penuh aksi dan lagak ngeri
drama bodyguard aksi tv3
lima jejaka sebagai pengawal pengiring
Drama Bodyguard TV3
Antara pelakon drama Bodyguard
Bodyguard TV3

You Might Also Like

1 comments

  1. Wah ada azrel ismail, idris khan dengan ammar alfian ni mesti tengok.tapi tak best ada fattah

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow