,

Drama Nur (TV3) Amyra Rosli & Shafiq Kyle

May 13, 2018

Nur tv3

Nantikan kemunculan drama bersiri bertajuk 'NUR' yang menampilkan gandingan Amyra Rosli dan Syafiq Kyle. Sebuah drama terbitan Radius One Sdn Bhd, hasil karya Shahrulezad Mohameddin. Akan bersiaran sepanjang bulan Ramadan bermula 14 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

JUDUL : NUR
JUMLAH EPISOD : 19 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani, Mathni Razak, Jijie Zainal

WATAK PELAKON 
Amyra Rosli sebagai Nur
Syafiq Kyle sebagai Adam
Riena Diana sebagai Dr Qhadeeja
Datuk Jalaludin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin
Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah
Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi
Noorkhiriah sebagai Aishah
Raja Muhd Atiqullah sebagai Amirul
Zaidi Omar sebagai Datuk Tajuddin
Laila Nasir sebagai Mona
Elmy Moin sebagai Marzuki
Mathni Razak sebagai Dr Mukhriz
Kuna Muzani sebagai Datin Orkid
Jijie Zainal sebagai Jojo

LAGU TEMA / OST 
Tak Pernah Hilang - Amylea dan Kaer
Gantikan Diriku - Idayu
Video → LINK

SINOPSIS NUR (TV3)
Mengisahkan Adam (Syafiq Kyle), anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam merupakan satu-satunya anak lelaki kepada Datuk Ayah dan amat terkenal di media sosial dengan kekacakannya. Setelah Adam kembali dari menyambung pelajarannya di timur tengah dalam jurusan Usuluddin, Adam bakal menggantikan tempat ayahnya dalam bidang dakwah. Demi merealisasikan cita-citanya itu, Adam mendapat bantuan kakaknya, Siti Aishah (Noorkhiriah) yang menjadi pengurusnya.

Dengan bantuan Siti Aisyah, pelbagai program televisyen mengundang Adam sebagai tetamu jemputan. Namun sebelum Adam mengorak langkah ke dunia selebriti, Adam mula mencari pengalaman dengan berdakwah di masjid ayahnya. Ketika sesi dakwah dan ceramah Ustaz Adam, Ustaz Adam sentiasa membuka peluang makmum bertanyakan soalan kepadanya. Walau bagaimanapun, Ustaz Adam sentiasa menerima soalan-soalan yang sedikit “lain daripada yang lain” oleh seseorang yang tidak dikenali.

Pada suatu hari, ketika Ustaz Adam hendak keluar dari masjid, dia bertembung dengan seorang wanita yang sedang menulis sesuatu. Adam mula menyapa lembut wanita itu tetapi wanita itu terus melarikan diri dan meninggalkan sekeping kertas yang mengandungi beberapa soalan yang tidak lengkap.

Pada saat itu, Ustaz Adam mengetahui bahawa wanita yang selalu memberikan soalan-soalan sukar kepadanya adalah Nur (Amyra Rosli), seorang pelacur yang ingin mendekatkan diri dengan agama Allah SWT.

Setelah beberapa kali bersemuka, mereka mula jatuh cinta. Namun, perkenalan dan hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Ustaz Adam dan cemuhan masyarakat. Adakah mereka mampu untuk mengharungi ujian dan dugaan ini? Apakah pengakhiran kehidupan Nur bersama Adam?

GAMBAR PELAKON
Nur tv3

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow