Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari

Ti Amo Sweetheart 100 Hari

Nantikan drama adaptasi novel Ti Amo Sweetheart 100 Hari karya Suri Ryana yang akan menemui penonton di Astro Ria. Menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Neelofa. Diarahkan oleh Michael Ang. Akan ditayangkan pada 15 hingga 19 Jun jam 7 malam menerusi saluran Astro Ria dan Raya HD.

JUDUL : TI AMO SWEETHERT 100 HARI
JUMLAH EPISOD : 5 episod
TARIKH TAYANGAN : 15-19 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Jumaat-Selasa, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 123 & Raya HD
PENULIS SKRIP : Mirrada, Riqmal EG, PGRs Team
PENULIS NOVEL : Suri Ryana
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Hyper Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Neelofa, Nur Qistina Raisah, Scha Alyahya, Fahad Iman, Elvina Mohamad, Syerinie Myra, Raja Afiq, Adam Shadan, Sharifah Shahora, Mustapha Kamal

WATAK PELAKON 
Zul Ariffin sebagai Isaac Iskandar
Neelofa sebagai Malissa
Nur Qistina Raisah sebagai Dina
Scha Alyahya sebagai Rania
Raja Afiq sebagai Hilman
Fahad Iman sebagai Faliq
Syerinie Myra sebagai Fatin
Elvina Mohamad sebagai Afrina Izzati
Adam Shadan sebagai Affendi

SINOPSIS TI AMO SWEETHERT 100 HARI
Kisah kesabaran dan cinta seorang isteri bernama Malissa yang penuh dengan dugaan apabila suaminya Iskandar hilang tanpa berita. Malissa ditinggalkan oleh suaminya Iskandar setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar.

Malissa ke Rome selepas mendapat maklumat yang suaminya di sana. Dengan bantuan Faliq, Malissa mula mencari Isaac Iskandar.  Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.

Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?

Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?
“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”

GAMBAR PELAKON
Pelakon Ti Amo Sweetheart 100 Hari
Barisan pelakon drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari